- Laman Utama
- Berita Terkini
- LAWATAN KERJA YB. EN. KHAIRY JAMALUDDIN KE IPPBM
LAWATAN KERJA YB. EN. KHAIRY JAMALUDDIN KE IPPBM

|
LAWATAN KERJA YB. EN. KHAIRY JAMALUDDIN KE IPPBM PUTRAJAYA, 11 Jun 2013 – Menteri Belia dan Sukan, YB. En. Khairy Jamaluddin bersama pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) bertempat di Aras 10, Menara KBS, di sini hari ini. Lawatan tersebut bertujuan menerangkan fungsi, peranan dan dapatan kajian IPPBM yang terkini. Penerangan ringkas berkenaan IPPBM telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM Dr. Wasitah Haji. Mohd. Yusof. Pada sesi taklimatnya, beliau menerangkan empat fungsi utama IPPBM yang merangkumi skop penyelidikan, pangkalan data, penerbitan dan program sokongan penyelidikan. Dalam sesi soal jawab, YB. En. Khairy Jamaluddin menyatakan penghargaannya kepada IPPBM di atas kejayaan dalam melaksanakan beberapa kajian yang memfokuskan kepada pembangunan belia Malaysia. Hasil-hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk kementerian merangka program-program baru pada masa hadapan, katanya lagi. YB. Menteri juga ingin melihat profil dan imej IPPBM dipertingkatkan bagi menjadikan ia sebuah pusat rujukan utama yang boleh dipercayai oleh umum berkenaan kajian generasi muda di Malaysia. Beliau juga menyarankan IPPBM menganjurkan lebih banyak forum dan seminar yang berkaitan isu-isu semasa bagi memperkenalkan lagi profil dan imej IPPBM di kalangan ahli-ahli akademik di Malaysia. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah JBSN, Puan Hjh. Hatipah Ibrahim, dan Pegawai-pegawai Kanan KBS. Disunting : Suraya Sulaiman (IPPBM) |