- Home
- Berita Terkini
- SUARA BELIA MALAYSIA MENGENAI ISU PERGOLAKAN MESIR DIPANDANG SERIUS OLEH KERAJAAN
SUARA BELIA MALAYSIA MENGENAI ISU PERGOLAKAN MESIR DIPANDANG SERIUS OLEH KERAJAAN

SUARA BELIA MALAYSIA MENGENAI ISU PERGOLAKAN MESIR DIPANDANG SERIUS OLEH KERAJAAN
Disediakan oleh :Cawangan Pembangunan Rakan Muda Bahagian Pembangunan Belia
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER 2013 - Persidangan Meja Bulat : Pergolakan Demokrasi Di Mesir - Perspektif Generasi Muda telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dengan kerjasama MBM dan IYC. Persidangan ini merupakan susulan berhubung isu yang dibangkitkan di dalam Ucaptama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia sempena Persidangan MPBN Sidang 1 Penggal ke 29 2013-2014 berkenaan Pendirian Belia Malaysia terhadap Isu Politik Semasa di Mesir.
Tujuan utama persidangan ini dianjurkan adalah sebagai platform Belia Malaysia membincangkan isu pergolakan di Mesir daripada aspek kemanusiaan, pelanggaran hak asasi dan pencabulan demokrasi seterusnya mendokumenkan hasil kenyataan dan deklarasi pernyataan Belia Malaysia.
Persidangan turut disertai wakil Majlis Belia Malaysia, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Kementerian Pendidikan, Wakil NGO, ahli akademik, perwakilan mahasiswa serta wakil pelajar Malaysia di Mesir. Sebanyak lapan (8) deklarasi yang mendokong pernyataan pendirian Belia Malaysia terhadap krisis demokrasi serta keganasan di Mesir telah dihasilkan di penghujung persidangan.
Deklarasi tersebut telah disampaikan oleh En. Mohamed Maliki bin Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia kepada YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk diangkat ke Kabinet.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah,Unit Komunikasi Korporat
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.