kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SUARA BELIA MALAYSIA MENGENAI ISU PERGOLAKAN MESIR DIPANDANG SERIUS OLEH KERAJAAN

SUARA BELIA MALAYSIA MENGENAI ISU PERGOLAKAN MESIR DIPANDANG SERIUS OLEH KERAJAAN

Disediakan oleh :Cawangan Pembangunan Rakan Muda Bahagian Pembangunan Belia

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR,  2 SEPTEMBER 2013 - Persidangan Meja Bulat : Pergolakan Demokrasi Di Mesir - Perspektif Generasi Muda telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dengan kerjasama MBM dan IYC. Persidangan ini merupakan susulan berhubung isu yang dibangkitkan di dalam Ucaptama YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia sempena Persidangan MPBN Sidang 1 Penggal ke 29 2013-2014 berkenaan Pendirian  Belia Malaysia terhadap Isu Politik Semasa di Mesir.

 Tujuan utama persidangan ini dianjurkan adalah sebagai platform Belia Malaysia membincangkan isu pergolakan di Mesir daripada aspek kemanusiaan, pelanggaran hak asasi dan pencabulan demokrasi seterusnya mendokumenkan hasil kenyataan dan deklarasi pernyataan Belia Malaysia.

 Persidangan turut disertai wakil Majlis Belia Malaysia, Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Kementerian Pendidikan, Wakil NGO, ahli akademik, perwakilan mahasiswa serta wakil pelajar Malaysia di Mesir. Sebanyak lapan (8) deklarasi yang mendokong pernyataan pendirian Belia Malaysia terhadap krisis demokrasi serta keganasan di Mesir telah dihasilkan di penghujung persidangan.

 Deklarasi tersebut telah disampaikan oleh En. Mohamed Maliki bin Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia kepada YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk diangkat ke Kabinet.

 Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah,Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.