- Home
- Berita Terkini
- WALK 4 MALAYSIA
WALK 4 MALAYSIA

WALK 4 MALAYSIA
Berita KBS - 20 September 2013
Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PUTRAJAYA, 13 SEPTEMBER 2013 – Semangat juang yang jitu bagi memperkenalkan keharmonian kepada seluruh Masyarakat Malaysia ditonjolkan melalui Program ‘ Walk 4 Malaysia' iaitu acara berjalan kaki sejauh 600 kilometer yang akan bermula dari Dataran Kuala Besut, Terengganu pada 22 September ini dan majlis penutupnya akan diadakan pada 4 Oktober nanti di Putrajaya.
Program penuh harmoni tersebut merupakan aktviti berjalan kaki selama 13 hari membabitkan jarak sejauh 600 kilometer dengan 13 destinasi persinggahan dari Kuala Besut ke Putrajaya akan digalas Mohd Noor. Beliau yang merupakan bapa kepada tujuh anak dari Terengganu akan disertai 40 peserta dari Majlis Sukan Terengganu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kagum beliau terhadap kecekalan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta program tersebut. Tambah beliau lagi, aktiviti seumpama itu sekaligus menunjukkan semangat serta azam rakyat Malaysia yang masih lagi cintakan keamanan dan mempromosikan kedamaian pada seluruh rakyat Malaysia.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin semasa majlis perasmiaan program tersebut di Jabatan Perdana Menteri hari ini. Di majlis ini,beliau mewakili Perdana Menteri turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Mohd Noor untuk menggalas cabaran itu.
Semasa sidang medianya, beliau menegaskan agar generasi muda mengambil ikhtibar daripada semangat juang kental yang ditunjukkan oleh Mohd Noor yang sanggup menggalas cabaran bagi menzahirkan perasaan sayang terhadap negara. Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.