kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

WALK 4 MALAYSIA

 

WALK 4 MALAYSIA

Berita KBS - 20 September 2013

Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 13 SEPTEMBER 2013 – Semangat juang yang jitu bagi memperkenalkan keharmonian kepada seluruh Masyarakat Malaysia ditonjolkan melalui Program ‘ Walk 4 Malaysia' iaitu acara berjalan kaki sejauh 600 kilometer yang  akan bermula dari  Dataran Kuala Besut, Terengganu pada 22 September ini dan majlis penutupnya akan diadakan pada 4 Oktober nanti di Putrajaya.

 

Program penuh harmoni tersebut merupakan aktviti berjalan kaki selama 13 hari membabitkan jarak sejauh 600 kilometer dengan 13 destinasi persinggahan dari Kuala Besut ke Putrajaya akan  digalas  Mohd Noor. Beliau yang merupakan bapa kepada tujuh  anak dari Terengganu  akan  disertai  40  peserta dari Majlis Sukan Terengganu.

 

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kagum beliau terhadap kecekalan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta program tersebut. Tambah beliau lagi, aktiviti seumpama itu sekaligus menunjukkan semangat serta azam rakyat Malaysia yang masih lagi cintakan keamanan dan mempromosikan kedamaian pada seluruh rakyat Malaysia.

 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin  semasa majlis perasmiaan program tersebut di Jabatan Perdana Menteri hari ini. Di majlis ini,beliau mewakili Perdana Menteri  turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada  Mohd Noor untuk menggalas cabaran itu.

 

Semasa sidang medianya, beliau  menegaskan agar generasi muda mengambil ikhtibar daripada semangat juang kental yang ditunjukkan oleh  Mohd Noor yang sanggup menggalas cabaran bagi menzahirkan perasaan sayang terhadap negara. Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

 Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.