- Home
- INTELLECTUAL PROGRAMMES
- Youth Round-Table Conference
- RTD
- JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: RADIKALISME VS EKSTREMISME
JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: RADIKALISME VS EKSTREMISME
Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera
JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: RADIKALISME VS EKSTREMISME
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan Persidangan Meja Bulat Belia dengan membawa tajuk Radikalisme vs Ekstremisme bagi siri pertama bagi tahun 2016. Pelaksanaan persidangan ini bertujuan membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu yang menjadi ancaman keselamatan dan keharmonian negara iaitu ideologi, karakter dan perkembangan terkini tentang radikalisme dan cara bagaimana untuk menangani keganasan ekstrem.
3. Sehubungan itu, pihak IYRES dengan ini berbesar hati untuk menjemput YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan , untuk bersama-sama menghadiri persidangan ini mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh : 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : MaGIC, Cyberjaya
Pakaian : Smart Casual
4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Persetujuan Kehadiran untuk diisi oleh YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan dan dikembalikan bagi tindakan selanjutnya oleh pihak IYRES. Untuk keterangan lanjut, YBhg. Datuk/Dato/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Noor'Ayu Sharif (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) di talian 03-8871 3640 atau fax ke 03-8871 3342.
**Borang Pengesahan Persetujuan Kehadiran perlu diemelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum atau pada 22 Februari 2016.