14. Setiap penyertaan perlu memuat naik artikel secara SOFTCOPY berformat .doc atau .docx (Microsoft Word) sahaja. Peserta tidak perlu menjilidkan artikel yang dihantar dengan apa-apa kaedah penjilidan.
15. Bagi penyediaan Video Pendek, ia mestilah menggunakan aplikasi Tik Tok berdurasi tidak melebihi 1 hingga 3 minit termasuk kredit. Peserta perlu melampirkan pautan video ke dalam borang pendaftaran YAR.
16. Setiap penyertaan akan dinilai oleh juri yang dilantik dalam Jawatankuasa Penilaian YAR. Juri berhak untuk menolak/ membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi format dan peraturan yang telah ditetapkan.
17. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima. Juri-juri adalah terdiri daripada ahli pakar mengikut bidang yang berkaitan. Format penjurian adalah seperti berikut:
Artikel:
a. Isi & Olahan 16%
b. Analisis/ Fakta 32%
c. Gaya Bahasa 14%
d. Idea 14%
e. Rujukan 20%
f. Ejaan dan Tatabahasa 4%
---------------------------------------
JUMLAH 100%
Video Pendek:
a. Isi & Olahan 30%
b. Persembahan & Penyampaian 30%
c. Kreativiti 20%
d. Pakaian & Props 20%
---------------------------------------
JUMLAH 100%
18. Sebarang pertanyaan lanjut, peserta boleh menghubungi wakil penganjur di talian 03- 8871 3335/ 3349.
PENYEDIAAN ARTIKEL DAN VIDEO PENDEK
1. Airtkel Rencana
• Artikel ditulis menggunakan perisian Microsoft Word dan dihantar dalam format .doc atau .docx.
• Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Panjang artikel adalah tidak melebihi 500 patah perkataan.
• Artikel mempunyai tajuk yang ringkas dan menarik. Penulisan artikel MESTI menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian IYRES atau statistik IYRES.
• Tajuk Artikel MESTI menggunakan tulisan Arial Black saiz 16, Bold dan HURUF BESAR. Manakala bagi penulisan artikel menggunakan tulisan Cambria saiz 12, langkau 1.15 dan perbezaan 1 single spacing.
• Setiap bahan grafik (cth: gambar) mestilah membawa maksud yang sama dengan penulisan artikel. Sekiranya bahan grafik di ambil daripada internet, sila nyatakan pautan sumber kepada sumber bahan tersebut tanpa perlu menyertakannya dalam teks artikel.
• Pengenalan perlu ringkas dan padat. Penulisan yang baik adalah penulisan yang boleh memberi pencerahan kepada sesuatu isu. Penulisan boleh berbentuk kritikal tetapi tidak boleh menyentuh isu sensitif melibatkan agama dan etnik yang boleh menganggu perpaduan dan kesejahteraan awam.
2. Artikel Jurnal
Sila rujuk Garis Panduan Penyerahan Manuskrip IYRES berpandukan penulisan di dalam Asia Pacific Journal of Youth Studies (APJYS) (LAMPIRAN).
3. Penyediaan Video Pendek (Tik Tok)
Setiap penyertaan mengikut kategori perlu menyediakan video pendek mengikut kreativiti masing-masing. Video tersebut perlu mempunyai maklumat seperti berikut:
• Memaparkan logo IYRES.
• Bahasa yang digunakan adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
• Resolusi minimum adalah 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah mengikut kesesuaian aplikasi Tik Tok.
• Durasi masa video adalah 1 hingga 3 minit.
• Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik dan jelas.
• Penghasilan video mestilah asli dan tidak pernah dikormesialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana media
• Video yang dihantar kepada pihak penganjur tidak boleh ditukar.