- Home
- INTELLECTUAL PROGRAMMES
- Youth Round-Table Conference
- RTD
- Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 : Sosialisasi Politik Belia – Bersedia Atau Muak?
Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 : Sosialisasi Politik Belia – Bersedia Atau Muak?
Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 dengan membawa topik Sosialisasi Politik Belia – Bersedia atau Muak? yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 November 2020 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Platform : ZOOM Webinar
3. Untuk makluman YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan, objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada masyarakat dan khususnya golongan belia dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan landskap sosialisasi politik belia di Malaysia. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada pegawai kementerian, agensi, dan juga belia.
4. Bersama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon agar dapat mendaftarkan butiran diri di link zoom sebelum atau pada 20 November 2020 (Jumaat) agar pihak IYRES dapat menyelaras kehadiran peserta.
5. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Bin Ramli (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sedia membantu di talian 03-8871 3335. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seminar, pihak IYRES akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.
Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam hormat