kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
  • BM
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: ISU BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRIM)

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: ISU BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRIM)

TARIKH : 19 JULAI 2014 (SABTU)
MASA: 9.00 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT

DEWAN KAMPO  PUSAT BELIA ANTARABANGSA

TETAMU KEHORMAT ENCIK NIK ABD KADIR BIN NIK MOHAMAD ( SETIAUSAHA BAHAGIAN
DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK)
PESERTA 98 ORANG
  peserta

OBJEKTIF PERSIDANGAN

1. Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai BR1M kepada generasi muda tentang inisiatif pihak kerajaan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh.
2. Membuka peluang kepada para peserta terutama kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu BR1M ini.
3. Merumuskan input yang diterima daripada kalangan peserta untuk dijadikan sebagai satu dokumen yang akan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
4. Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan

 RESOLUSI PERSINDANGAN

Kami, golongan belia yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Belia: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada 19 Julai 2014 bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) mencadangkan beberapa usul sebagai resolusi terhadap persidangan ini seperti berikut:

  1. Kebaikan BR1M:-

  1. Golongan belia bersetuju bahawa syarat kelayakan penerimaan BR1M mengambil kira pendapatan kasar bagi golongan bujang dan isi rumah di kawasan bandar agar selaras dengan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
  2. Golongan belia menghargai usaha pihak Kerajaan membantu rakyat terutamanya golongan belia dalam meringankan kos sara hidup melalui pemberian BR1M.
  3. Golongan belia berpendapat bahawa pelaksanaan i-BR1M adalah satu inisiatif yang strategik bagi membantu isi rumah membuat persediaan terhadap kemungkinan bencana (kematian atau kemalangan.

  2.    Kelemahan BR1M:-

  1. Golongan belia berpendapat agar pihak Kerajaan meneliti semula kaedah pemberian BR1M kepada golongan di kawasan luar bandar.
  2. Golongan belia berpandangan bahawa BR1M bukan merupakan inisiatif bagi jangkamasa yang panjang kepada golongan bujang dan isi rumah.
  3. Golongan belia berpandangan bahawa pemberian BR1M akan mendorong kebergantungan golongan belia terhadap pihak kerajaan (liabiliti kerajaan).

 3.    Cadangan Penambahbaikan BR1M:-

  1. Golongan belia mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula impak dan rasional pemberian BR1M kepada rakyat  dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup individu dan isi rumah terutamanya golongan belia yang semakin meningkat.
  2. Golongan belia berpendirian agar BR1M ditukarkan dan sebaliknya peruntukan tersebut disalurkan dalam bentuk rasionalisasi subsidi berfokus/bersasar terhadap keperluan barangan asas seperti gula,  petrol dan sebagainya.
  3. Golongan belia mencadangkan agar pihak Kerajaan memberi lebih tumpuan utama terhadap pengurangan inflasi bagi memastikan Indeks Harga Pengguna dapat dikawal dan mengurangkan peningkatan kos sara hidup.
  4. Golongan belia berpendapat agar pihak Kerajaan memastikan pemberian BR1M lebih memberi fokus kepada golongan yang memerlukan iaitu golongan yang berpendapatan RM 4000.00 ke bawah bagi yang bujang dan  RM 5000.00 ke bawah bagi isirumah (sentiasa akan dikaji pada setiap tahun).
  5. Golongan belia mencadangkan agar pihak Kerajaan merangka inisiatif jangka masa panjang dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan belia menangani kenaikan kos sara hidup.
  6. Golongan belia mencadangkan agar i-BR1M diteruskan dan nilai takaful/ insurans ditingkatkan.

 

brim

<<< Kembali

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.