kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
  • BM
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA : GAGASAN KOMUNITI ASEAN

Tarikh 5 April 2014 (Sabtu)
Masa 9.00 pagi -5.00 petang
Tempat Dewan Serbaguna,Podium B, KBS
Tetamu Kehormat YB Encik Khairy Jamaluddin
  Menteri Belia Dan Sukan
Peserta 100 Orang

Resolusi Pesidangan

Belia Malaysia dan Peserta Persidangan Meja Bulat Belia : Gagasan Komuniti ASEAN yang bersidang di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) bersetuju menerima, melaksana dan menggesa beberapa saranan dan resolusi untuk tindakan pihak kerajaan yang merangkumi 5 sektor iaitu Ekonomi, Politik dan Keselamatan, Jaringan Sosial dan Kebudayaan, Transformasi Kepengerusian ASEAN, dan Partisipasi, Penghakupayaan dan Representasi Belia. Saranan dan tindakan oleh golongan belia Malaysia kepada pihak kerajaan adalah seperti berikut :-

Politik & Keselamatan.

  1. Menggesa Kerajaan Malaysia untuk lebih agresif dan konsisten dalam mengembalikan era kegemilangannya sebagai pemain utama di barisan hadapan dalam menangani isu-isu antarabangsa selaras dengan semangat international activism.
  2. Meningkatkan peruntukan pertahanan khususnya dalam pengukuhan aset dan infrastruktur kawalan sempadan maritim negara dan seterusnya mewujudkan mekanisme yang lebih holistik dan berkesan dalam kawalan sempadan maritim ASEAN menerusi ASEAN Maritime Forum (AMF).
  3. Meningkatkan keupayaan, partisipasi dan representasi belia dalam soal politik dan pentadbiran negara dan seterusnya memperkukuh kedudukan mereka menerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN (CAYC) dalam platform tertinggi ASEAN.
  4. Menggalakkan lagi usaha mempromosi nilai-nilai Wasatiyyah @ Kesederhanaan (Moderation) yang menjadi tunjang kepada pengekalan keamanan dan keharmonian ASEAN selaras dengan hasrat  ZOPFAN 19713.
  5. Mengekal dan meningkatkan solidariti dan keyakinan negara-negara ASEAN dalam penyelesaian multilateral.
  6. Mewujudkan mekanisme penyelesaian konflik dalaman dan antara negara ASEAN sebagai kelangsungan kepada penubuhan ASEAN Institute for Peace and Reconciliation (AIPR) supaya tidak hanya bergantung kepada badan perundangan dan kehakiman dunia.
  7. Menggalakkan usaha mempromosi pasukan pengaman serantau (Regional Civilian Peacekeeping Forces) yang perlu diperansertakan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan (NGOs).
  8. Memperbanyak dan memperdalam perbincangan mengenai Hak Asasi Manusia di kalangan negara-negara ASEAN dan merangka pelan tindakan yang lebih jelas dan jitu dalam menangani permasalahan yang berkaitan dengannya selaras dengan semangat ASEAN Human Right Declaration.
  9. Menyegerakan usaha yang lebih komprehensif dan menyeluruh dalam memperjelas dan seterusnya menyelesaikan isu Internally Displaced People (IDPs) bagi negara-negara ASEAN, contohnya etnik Rohingya di Arakan, Myanmar.
  10. Mentafsir dan menjustifikasikan semula maksud non-interference dan non-intervention di kalangan negara-negara ASEAN selaras dengan keperluan yang mendesak terhadap permasalahan yang sangat kompleks dan rentas sempadan seperti jerebu, migrasi antarabangsa, dan jenayah rentas negara yang menuntut mekanisme serantau yang lebih baik dan berkesan.

3 Zone of Peace, Freedom, and Neutrality

Jaringan Sosial & Kebudayaan

  1. Menyuburkan integrasi serantau di kalangan belia ASEAN menerusi penggalakan pertukaran belia ASEAN secara bilateral dan multilateral dengan capahan yang lebih mengakar umbi.
  2. Mewujudkan keinginan tinggi di kalangan rakyat khususnya generasi muda dalam proses menentukan polisi dan membuat keputusan berkaitan Komuniti ASEAN.
  3. Menggesa pihak kerajaan menerusi IYRES untuk menjalankan kajian dan kaji selidik bagi mengukur pandangan awam mengenai hal ehwal ASEAN ala-Eurobarometer dalam konteks ASEAN dan Malaysia.
  4. Menggalakkan pembentukan dan perkongsian norma-norma bersama menerusi semangat ‘Cara ASEAN (The ASEAN Way)’.
  5. Menggalakkan pemahaman Identiti ASEAN bermula dari peringkat awal persekolahan.

Transformasi Kepengerusian ASEAN

  1. Memperkukuh Sekretariat Tetap ASEAN melalui penghakupayaan dan kuasa tadbir sekretariat, proses pendanaan yang mapan dan struktur pentadbiran yang berkesan.
  2. Mewujudkan Sekretariat Belia ASEAN.
  3. Melancarkan dan menjayakan program-program yang bersifat IKONIK bagi meningkatkan integrasi ASEAN seperti:-

a)    Mengistiharkan cuti umum seluruh ASEAN pada tanggal 8 Ogos setiap tahun sebagai ASEAN Day.

b)    Menjayakan Festival ASEAN dan Festival Belia ASEAN.

c)    Memastikan penganjuran Persidangan Pemimpin Belia ASEAN (ASEAN Youth Leader Summit) dilaksanakan dan dijayakan sebagai pelengkap kepada Persidangan ASEAN (ASEAN Summit).

d)    Mewujudkan Liga Sukan ASEAN.

e)    Mewujudkan kesepakatan ASEAN untuk membida penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Piala Dunia FIFA pada tahun 2034.

 Partisipasi, Penghakupayaan dan Representasi Belia

  1. Mengiktiraf dan memperkukuh partisipasi dan representasi belia dalam sektor pentadbiran dan diplomatik bagi mewakili negara-negara ASEAN.
  2. Memperkukuh representasi belia menerusi CAYC dalam platform tertinggi ASEAN dengan memberikan ruang dan hak bersuara dalam mesyuarat dan rundingan Ketua-ketua Kerajaan ASEAN (ASEAN Summit, Community Council, Committee of Permanent Representative, National Secretariats dan ASEAN Foundation).
  3. Memperkukuh struktur dan kapasiti Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam mengurus sekretariat dan menggerakkan program-program CAYC menerusi pendanaan yang mencukupi bagi meningkatkan partisipasi dan representasi belia Malaysia di peringkat ASEAN serta menjadikan aktiviti-aktiviti bertemakan “ASEAN Friendly” sebagai aktiviti teras .
  4. Menuntut partisipasi aktif MBM, JBSN, IYRES dan Sekretariat-ASEAN, Kementerian Luar Negeri untuk menggerakkan  program-program peningkatan kesedaran dan kefahaman belia Malaysia terhadap cabaran dan potensi besar perlaksanaan Komuniti ASEAN. Menerusi peruntukan yang mencukupi dari Sekretariat-ASEAN, Kementerian Luar Negeri, kapasiti dan sukarelawan MBM, komitmen dan kepakaran JBSN dan IYRES, program informasi dan kesedaran celik ASEAN Komuniti ini perlu disegerakan dan dilaksanakan dalam tempoh enam (6) bulan bermula Jun 2014 sehingga Disember 2014 meliputi setiap negeri dan daerah serta seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

  

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.