- Home
- INTELLECTUAL PROGRAMMES
- Youth Round-Table Conference
- RTD
- PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: KOS SARA HIDUP, CABARAN BELIA MASA KINI
PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: KOS SARA HIDUP, CABARAN BELIA MASA KINI
Tarikh | 6 September 2014 (Sabtu) |
Masa | 9.00 pg - 5.00 ptg |
Tempat | Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) |
YB Datuk Hajah Norpipah Bt Abdol | |
Timbalan Exco Pembangunan Belia | |
& Warisan Negeri Melaka | |
Peserta | 206 Orang |
Resolusi Persidangan
Intipati Resolusi yang dapat diketengahkan dari Persidangan Meja Bulat Belia:Kos Sara Hidup, Cabaran Belia Masa Kini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 06 September 2014 adalah seperti berikut:
1) Belia menegaskan supaya Kerajaan menyusun langkah yang sesuai untuk memperkenalkan atau mempromosikan elemen pengurusan kewangan kepada rakyat Malaysia seawal usia kanak-kanak untuk memberi kesedaran dan kemahiran mengurus kewangan.
2) Belia menggesa supaya pihak Kerajaan memastikan peningkatan tahunan di dalam tangga gaji (upah) tidak memberi kesan terhadap peningkatan harga barangan.
3) Belia berpendirian agar pihak Kerajaan dapat memberi penerangan yang lebih jelas mengenai rasionalisasi subsidi untuk mengelakkan kekeliruan dan memastikan subsidi hanya diberikan kepada kumpulan sasaran yang betul.
4) Belia menegaskan supaya pihak Kerajaan perlu mengkaji semula kadar gaji minimum/ asas RM900.00 kepada RM1,200.00 bagi pekerja yang mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Vokasional serta memastikan kadar gaji minimum/ asas pekerja asing.
5) Belia menyarankan agar kerajaan berusaha bagi membolehkan pihak swasta mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia dan tidak menyamakan taraf pekerja yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dengan pekerja asing.
6) Belia mencadangkan agar pihak Kerajaan memperkenalkan dasar pelepasan cukai pendapatan bagi belia yang membelanjakan kewangannya untuk menanggung ayah dan ibu yang tinggal bersama bagi meringankan sedikit tanggungan belia.
7) Belia disarankan TIDAK menggunakan kad kredit atau terjebak dalam promosi bayaran ansuran dalam melakukan perbelanjaan kerana transaksi ini melibatkan bayaran faedah yang tinggi.
8) Belia menerima baik pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia khasnya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menanamkan semangat keusahawanan bermula dari awal persekolahan.
9) Belia disarankan untuk memulakan langkah menambah pendapatan sampingan bagi menampung keperluan perbelanjaan di samping mendapatkan nasihat dari agensi AKPK untuk pengurusan kewangan belia terkawal dan terancang.