- Home
- INTELLECTUAL PROGRAMMES
- Youth Round-Table Conference
- RTD
- PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA MENGENAI BELANJAWAN BELIA 2015.
PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA MENGENAI BELANJAWAN BELIA 2015.
Tarikh | : 29 November 2014 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 pg - 5.00 ptg |
Tempat | : Dewan Kampo,IYC, Cheras |
Tetamu Kehormat | : Dr.Zainah Shariff |
Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial | |
Peserta | : 80 orang |
Resolusi Persidangan
Inti pati yang dicapai dari Persidangan Meja Bulat Belia:Belanjawan Belia 2015 yang telah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 29 November 2014 adalah seperti berikut:-
Sejumlah 18 Resolusi yang dicapai dari Persidangan Meja Bulat Belia mengenai Belanjawan Belia 2015 seperti berikut:-
- Golongan Belia BERPANDANGAN bahawa Bajet kepada belia haruslah digunakan dan dijalankan mengikut pelaksanaan secara NBOS di antara pihak Kementerian yang berkaitan supaya segala strategi dan inisiatif yang dilakukan kepada golongan belia memberi impak yang besar.
- Golongan belia BERPANDANGAN bahawa pihak Kerajaan perlu menubuhkan satu bank data khas No Employment, Education and Trainig (NEET) tentang graduan yang menganggur bagi membantu pihak Kerajaan mengatur strategi berkaitan peluang pekerjaan.
- Golongan belia MENGGESA agar program-program yang dilaksanakan oleh pihak KBS harus sampai ke peringkat akar umbi supaya sebaran maklumat secara menyeluruh dan mapan.
- Golongan belia MENGGESA saluran hebahan melalui media cetak dan media elektronik diperhebatkan agar strategi dan inisiatif berkaitan pembangunan belia supaya keboleh capaian sampai kepada golongan belia luar bandar.
- Golongan belia MENGGESA supaya Penggerak Rakan Muda dihidupkan dan digerakkan semula supaya pelbagai program dan inisiatif di peringkat akar umbi pembangunan belia dapat ditingkatkan keberkesanannya.
- Golongan belia BERPENDIRIAN agar satu program Khas “Ted-Talk” diwujudkan untuk dijadikan platform kepada golongan belia bagi mengutarakan pandangan dan pendapat terhadap pelbagai isu berkaitan inisiatif memperkasakan belia negara.
- Golongan belia MENGGESA agar pihak KBS dapat mewujudkan dana khas kepada golongan belia yang mempunyai prospek dalam bidang kepimpinan supaya dapat mengasah bakat ke tahap yang lebih tinggi.
- Golongan belia BERPENDIRIAN agar pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dikaji semula mengikut tempoh masa dan pemilihan peserta/pelajar supaya perasaan cinta kepada negara berlandaskan perpaduan dan keselamatan dapat disemai dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
- Golongan belia MENGGESA agar program-program yang berunsurkan hiburan positif dipertingkatkan dan program belia berasaskan perpaduan dan kerohanian dipergiatkan di peringkat nasional.
- Golongan belia MENGGESA agar sinergi antara KBS dan pemegang taruh belia diperkemas bagi merancang strategi yang komprehensif melalui Pelan Transformasi Belia untuk memastikan matlamat Pelan Transformasi Belia dapat dicapai dengan jayanya.
- Golongan belia MENGGESA agar pihak KBS dapat membentuk perancangan yang komprehensif dan terperinci dalam Pelan Transformasi Belia yang dapat memberi penekanan kepada golongan belia yang terpinggir dan belia berisiko.
- Golongan Belia MENGGESA agar strategi dan inisiatif berkaitan keusahawanan sosial (Social Enterprenuership) dalam kalangan belia dipergiat dan diperkemaskan.
- Golongan belia MENGGESA agar KBS berperanan sebagai sumber perhubungan dalam sebaran maklumat berkaitan informasi belia dalam usaha menambah nilai pembangunan belia yang bersifat Intelektual dan berdaya maju.
- Golongan belia MENGGESA pihak Kerajaan untuk meningkatkan semula skala gaji bagi golongan belia yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi menyediakan kebolehupayaan berdaya saing dalam mengawal peningkatan kos sara hidup masa kini.
- Golongan belia MENGGESA agar pihak Kerajaan meningkatkan kerjasama yang erat dari pelbagai agensi untuk membendung masalah jenayah dalam kalangan belia dan mewujudkan satu sistem sokongan khas untuk pelajar yang “dibuang sekolah”.
- Golongan belia MENGGESA agar sistem pengambilan belia ke Institut Kemahiran menggunakan sistem yang sedia ada di Institut masing-masing dan pengambilan berasaskan lokaliti mengikut kesesuaian kursus supaya dapat meningkatkan kebolehcapaian hingga ke peringkat akar umbi.
- Golongan belia MENGGESA agar memperkasakan unit kaunseling disemua institusi pendidikan dengan mengadakan pendidikan sahsiah belia bagi mengelakkan mereka dari terjebak ke arah gejala negatif.
- Golongan belia MENGGESA supaya pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) perlu dijadikan biasiswa kepada mana-mana pelajar yang mempunyai keputusan yang memperolehi keputusan cemerlang seperti mana yang dilaksanakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).