- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2010
- Vol 2 Jun
Malaysian Journal of Youth Studies - 2010
Makalah ini menerokai fenomena rempit dengan menjawab beberapa persoalan berkaitan iaitu; 1) Siapakah Belia Rempit? dan 2) Apakah makna menjadi Belia Rempit? Persoalan tentang fenomena ini kemudiannya dibincangkan dalam konteks Gagasan 1Malaysia. Bagaimana fenomena rempit ini dilihat sebagai cabaran dan peluang kepada pengisian Gagasan 1Malaysia? Dengan menggunakan pendekatan kajian kes fenomenalogi, penerokaan empirikal ini menganalisis fenomena rempit dari perspektif pembangunan belia bagi mentransformasikannya daripada satu cabaran kepada satu peluang untuk 1Malaysia.
Kata Kunci: Belia ‘Rempit’, Sub-Budaya Belia, Pembangunan Belia, Gagasan 1Malaysia
Makalah ini mengupas semangat patriotisme dan nasionalisme belia Malaysia dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Belia dari pelbagai latar belakang dan etnik mengikuti program ini selama 3bulan bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam jiwa generasi muda. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui teknik survei ke atas pelatih-pelatih PLKN. Seramai 800 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian di mana mereka perlu menjawab borang soal selidik sebanyak dua kali, iaitu di peringkat awal penyertaan mereka PLKN dan kedua ketika mereka hampir tamat menjalani PLKN. Kaedah ini digunakan untuk melihat sejauh mana PLKN dapat menerapkan dan memupuk semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan belia Malaysia adalah tinggi. Oleh itu, pihak kerajaan perlu meneruskan program ini demi kesejahteraan dan masa depan negara dalam konteks membangunkan semangat patriotisme dan nasionalisme golongan belia.
Kata Kunci: Belia, Patriotisme, Nasionalisme, Program Latihan Khidmat Negara, 1Malaysia
Perpaduan dan integrasi nasional merupakan agenda utama kerajaan Malaysia terutama pemimpin negara sehingga hari ini. Pelbagai slogan, moto dan cogan kata serta program telah dianjurkan bertujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan antara kaum melalui pelbagai dasar yang direncana. Rakyat Malaysia wajar memainkan peranan aktif dan positif sebagai ejen dalam mengurangkan konflik antara kaum di satu pihak dan meningkatkan perpaduan negara di satu pihak lain. Negara kita, Malaysia amat bertuah kerana memiliki kekayaan pelbagai budaya, agama dan bahasa. Gagasan 1Malaysia anjuran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi perhatian kepada “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Apakah belia terutama mahasiswa Malaysia memahami amanat Perdana Menteri? Apakah peranan dan cabaran yang perlu diberikan perhatian oleh golongan belia terutama mahasiswa dalam usaha mereka melestarikan gagasan murni ini? Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan peranan mahasiswa dan cabaran yang bakal ditempuhi dalam melestarikan Gagasan 1Malaysia.
Kata Kunci: Perpaduan, Integrasi, Belia, Mahasiswa, 1Malaysia
Makalah ini membicarakan tentang peranan beliawanis sebagai modal insan yang memenuhi gagasan 1Malaysia. Beliawanis menjadi aset bernilai kepada negara dan menjadi harapan nusa bangsa menuju kemajuan selaras dengan gagasan 1Malaysia. Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati bahawa beliawanis memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, politik dan sosial. Dalam bidang pendidikan, didapati 68% beliawanis terlibat dalam sektor pendidikan seperti sebagai pelajar atau guru. Dalam bidang politik, beliawanis telah bertanding menjadi ahli DUN atau Parlimen sehingga layak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Dalam bidang sosial, beliawanis memainkan peranan penting dalam persatuan atau NGO. Justeru, sumbangan beliawanis sebagai modal insan dalam memajukan negara perlu diteliti dan dihargai.
Kata Kunci: Beliawanis, Institusi, Kesaksamaan, Kualiti Diri, Modal Insan
The changes in the government approach of managing the media sector and the proliferation of internet have transformed the politico-cultural values of youths in Malaysia. Such changes generated youths who are informed, democratically inclined, demanding and contentious. As a country where youths command control over the electorate register, measures to respond to the transformation are imminent especially from the ruling party point of view. Their votes become more appealing in the Malaysian political scene especially after the March 2008General Election. The 1Malaysia concept reflects the Barisan Nasional government aspiration to reconnect and reconcile with Malaysians. However, will 1Malaysia be able to reconnect and reconcile with the youths? To provide an answer for this question, this paper is intended to explore the social transformation of Malaysian youths in the first decade of the second millennia. The concept of 1Malaysia was brought by Dato’ Seri Mohd. Najib Abdul Razak is analyzed to gauge its potential to reconnect and reconcile with the transformed youth of Malaysia. Various aspects of how the youths were transformed through the structural changes in the media industry and technology are discussed.
Keywords: 1Malaysia, Youth Transformation, Social Change