kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TELECENTER KOMUNITI LUAR BANDAR DAN PERANAN BELIA

Makalah ini membincangkan peranan kaum belia dalam menjayakan projek telecenter komuniti dan manfaatnya sebagai sumber informasi dan alat komunikasi kepada kaum belia untuk membina kerjaya. Bagaimana telecenter mengekalkan solidariti mereka dengan komunitinya, walaupun mereka telah bekerja di bandar, juga dibincangkan. Data makalah ini adalah berdasarkan pengalaman lima buah Projek Telecenter Komuniti pribumi di Sarawak dan Sabah, kendalian ISITI-CoERI UNIMAS. Makalah ini menegaskan bahawa golongan bella adalah pra-syarat kejayaan sesebuah projek telecenter komuniti luar bandar. Ini kerana beberapa tugasan penting dalam proses mengasaskan telecenter memerlukan penglibatan aktif mereka. la merangkumi penjanaan maklumat dan menggerakkan penyertaan komuniti, menjadi pelatih dan jurulatih penggunaan telecenter dalam komuniti serta sebagai pengguna aktif telecenter. Internet telecenter telah menjadi laluan pantas kaum belia komuniti menjana maklumat dan menjadi alat komunikasi mereka dengan dunia luar tanpa terhalang oleh kedudukan petempatan yang terpencil. Hanya menggunakan internet telecenter tanpa perlu ke bandar, kaum belia komuniti akses kepada peluangvpendidikan dan pekerjaan. Kemudahan komunikasi (internet dan telefon satelit) di telecenter komuniti telah menyebabkan kaum belia yang bekerja di bandar kerap balik ke kampung berbanding sebelumnya. Ia telah melestarikan solidariti mereka dengan komunti. Disamping itu mereka juga terus dapat membantu rneningkatkan pembangunan komuniti.

Kata Kunci: Belia, Telecenter, Komuniti, Banclar ISITI-CoERI

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

MELESTARIKAN BUDAYA MELANCONG DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA

Pelancongan pelajar merupakan antara segmen pelancongan yang paling cepat berkembang di Malaysia. Walaupun tidak ramai golongan pelajar yang melancong ke luar negara, namun mereka merupakan golongan yang aktif sebagai pelancong domestik dan pengunjung harian. Makalah ini membincangkan potensi dan halangan yang dihadapi oleh sektor pelancongan negara dalam membangunkan segmen pelancongan pelajar di Malaysia. Data-data kajian diperoleh daripada kaji selidik di 77 buah sekolah terpilih di seluruh Malaysia yang melibatkan 1,157 orang pelajar yang berusia antara 14 hingga 20 tahun sebagai sampel kajian. Kaji selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pelancong pelajar terhadap aspek pemilihan destinasi, sumber kewangan, tempat penginapan, motivasi melancong dan halangan untuk melancong. Dengan menggunakan teknik convenience sampling, borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar dengan bantuan pengetua dan guru-guru. Borang soal selidik yang lengkap diisi telah dikembalikan semula oleh pihak sekolah kepada penyelidik menerusi khidmat pos. Hasil kajtan mendapati bahawa majoriti responden melancong untuk tujuan percutian dan rekreasi, berbajet rendah dan menerima bantuan kewangan daripada ibu bapa. Berdasarkan analisis penjadualan silang, responden didapati cenderung untuk memilih destinasi luar negara sebagai pilihan utama di samping masih ingin melancong di dalam negara. Hasil kajian ini memberi implikasi positif kepacla penggubal dasar, perancang pelancongan dan operator perkhidmatan khususnya dalam merangka prasarana dan produk yang dapat memenuhi keperluan pelancong muda.

Kata Kunci: Pelancongan Pelajar, Budaya Melancong, Pelancong Muda, Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

SUMBER TEKANAN, DAYA TINDAK DAN KESAN TEKANAN DALAM KALANGAN BELIA WANITA BERKERJAVA DI JABATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sumber tekanan, daya tindak kesan tekanan dalam kalangan belia wanita berkerjaya di salah satu jabatan kerajaan di negeri Sabah. Seramai 119 pekerja belia wanita sebagai subjek kajian. Kaedah tinjauan bersifat korelasi menggunakan instrumen Job Stres Inclex (JSI) yang telah diubahsuai bagi mengukur sumber tekanan dan Adolescent Coping Scale (ACS) untuk mengetahui strategi daya tindak yang digunakan oleh responden iaitu terdiri daripada lima bahagian iaitu strategi berfokuskan kognitif, fisiologi, tingkah laku sosial dan emosi. Manakala kesan tekanan pula digunakan untuk mengukur kesna tekanan yang dialami responden iaitu kesan terhadap aspek tingkah laku, kognitif, emosi dan fizikal. Hasil kajian yang diperoleh berdasarkan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan (i) antara sumber tekanan dan kesan tekanan (ii) antara sumber tekanan dan strategi daya tindak (iii) strategi dava tindak dan kesan tekanan. .Namun, hasil kajian menunjukkan umur dan kesan tekanan tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan negative yang signifikan antara bilangan anak dan pendapatan dengan kesan tekanan secara keseluruhan dan kesan tekanan dari sudut emosi.

Kata Kunci: Sumber Tekanan, Daya Tindak, Kesan Tekanan, Wanita Berkerjaya

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

MODENISASI DAN PENGARUH TREND FESYEN DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Fesven rnerupakan satu simbol yang menjadi ikutan oleh golongan atau kalangan masyarakat tertentu. Ia adalah suatu perkara yang subjektif dan bagi golongran muda ia menjadi satu perkara yang penting, Trend, zaman atau masa menjadi antara faktor yang dikatakan berkait rapat dalam memilih sesuatu fesyen, terutamanya fesyen berpakaian. Oleh itu lambang kemodenan seseorang itu dapat dilthat dari cara pemakaian. Kertas kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana ketaksuban golongan mahasiswa terhadap fesyen dalam berpakaian dan adakah pilihan fesyen berpakaian ini melambangkan kemodenan kepada golongan ini? Data untuk kajian telah diambil dari tiga IPT di Lembah Kelang dengan 300 orang mahasiswa sebagai responden. Kaedah soal selidik telah digunakan dalarn kajian. Hasil tinjauan mendapati lebih separuh daripada responden mementingkan fesyen pakaian dalam kehidupan harian mereka. Golongan ini menyatakan bahawa trend fesven yang dipilih penting sebagai lambang bahawa mereka moden. Jelaslah bahawa dalam kalangan mahasiswa, kemodenan itu diukur melalui cara mereka berpakaian. Namun begitu, majoriti responden masih tidak menganggap berpakaian tradisional itu kolot.

Kata Kunci: Belia, Modenisasi, Budaya, Trend Fesyen, Tradisional, Moden

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KNOWLEDGE LEVEL AND ATTITUDE OF MOBILE PHONE RECYCLING PRACTICE AMONG .UPM STUDENTS

On average, mobile phone users change their mobile phones every eighteen months. The management of electronic waste has become an environmental concern in many developing countries as urbanization continues to take place. As a consequence, there is an increase in the waste associated to this product, and many alternatives to the disposal of the mobile phones are being studied, such as recycling. Due to this scenario, tins study was conducted in University Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor The main purpose cf this study is to measure the knowledge level and attitude of mobile phone recycling and how its influence mobile phone recycling practice among UPM students. The sample consisted of 120 undergraduates from 3 chosen Acuities in UPM which were chosen by using systematic random method. Then, respondents were randomly chosen from the 3 chosen faculties. MAT-ma-lion on knowledge level and attitude towards mobile phone recycling and also mobile phone disposal practice was collected using structured questionnaires. From this study, significant relationship was found only between gender and attitude towards mobile phone recycling (t =- 0.757, p < 0.05) where females were more likely to have positive attitude towards mobile phone recycling. But there was no significant relationship between gender and knowledge level in mobile phone recycling. Results also showed that there were no significant relationship between faculties and knowledge level in mobile phone recycling; between faculties and attitude towards mobile phone recycling; between students' knowledge level and mobile phone recycling practice; between students' attitude and mobile phone recycling practice. The collection and recycling of mobile phones is still at an early stage in Malaysia. The methods and infrastructure for collection and recycling process for mobile phone recycling have not yet been established. Government should put more effort in promoting mobile phone recycling, adding more collection points and take back centers where consumers can drop off their unwanted mobile phones. Producers, consumers, mobile telecommunication companies, and government should work together cause to succeed mobile phone recycling practice in Malaysia.

Keywords: Knowledge Level, Attitude, Recycling, Mobile Phone Waste.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.