- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2012
- Vol 6 Jun
- NILAI DIRI, TAHAP KEPUASAN DAN KECENDERUNGAN REMAJA UPM TERHADAP PUSAT MEMBELI-BELAH
NILAI DIRI, TAHAP KEPUASAN DAN KECENDERUNGAN REMAJA UPM TERHADAP PUSAT MEMBELI-BELAH
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan perkaitan di antara nilai diri, tahap kepuasan dan kecenderungan pengguna terhadap pusat membeli belah. Kajian ini turut mengkaji pola tingkah laku pengguna berhubung kekerapan, jumlah masa yang diperuntukkan, tujuan dan sebab yang menarik mereka ke pusat membeli belah tertentu. Seramai 120 pelajar UPM telah terlibat sebagai responden kajian ini yang dipilih melalui pensampelan rawak mudah. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengunjungi pusat membeli belah beberapa kali dalam sebulan dan memperuntukkan di antara dua hingga tujuh jam setiap kali mengunjungi pusat membeli belah. Hasil pengujian hipotesis menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang positif di antara nilai diri dengan kecenderungan terhadap pusat membeli belah (r =0.371, p=0.000) dan di antara tahap kepuasan dengan kecenderungan terhadap pusat membeli belah r=0.414, p=0.000). Hasil kajian ini menyimpulkan bahawa nilai diri dan tahap kepuasan pengguna memainkan peranan penting dalam mempengaruhi .kecenderungan mereka terhadap pusat membeli belah. Kajian ini memberi implikasi bahawa pemahaman yang lebih mendalam secara spesifik terhadap barangan pengguna atau penyedia perkhidmatan pengguna akan membawa kepada peningkatan kepuasan pengguna.
Kata Kunci: Nilai Diri, Tahap Kepuasan, Kecenderungan Terhadap Pusat Mernbeli-Belah, Tingkah Laku Membeli-Belah Remaja