kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GAMBARAN EMOSI BELIA EKSTROVERT DAN INTROVERT DALAM SESEBUH ORGANISASI

Statik atau meningkatnya produktiviti sesebuah organisasi sebahagiannya bergantung pada emosi yang diwakili oleh belia ekstrovert atau introvert. Gambaran emosi dariapda belia ekstrovert ialah peramah dan berminat terhadap hal yang berlaku di sekitarnya. Sebaliknya, belia yang introvert bersifat pendiam dan lebih suka memusatkan perhatiannya pada fikiran dan perasaan sendiri. Berlandaskan perbandingan fakta, penulis menjalankan satu kajian tinjauan terhadap stad golongan belia yang berkerja di bawah satu organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada staf golongan belia dalam organisasi tersebut lebih ramai ekstrovert atau introvert, serta yang mana lebih bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan oleh ketua kepadanya. Analisis terhadap data kajian menunjukkan lebih ramai staf belia yang ekstrovert berbanding introvert. Belia ekstrovert bertanggungjawab tinggi. Dengan kata lain, setiap tugas yang diberi cuba dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, kadang-kadang staf jenis ini ragu-ragu untuk menerima tugas sosial yang sama sekali merugikan mereka sama ada secara material atau moral. Pasangan introvert dan ekstrovert hidup lebih bahagia daripada yang mempunyai personaliti yang sama. Walaupun terdapat masalah-masalah kecil yang tidak dapat dielakkan dalam hubungan ini, dengan mengetahui perbezaan antara introvert dan ekstrovert boleh membantu untuk membina hubungan yang lancar.

Kata Kunci : Belia, Emosi, Personaliti, Ekstrovert, Introvert.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.