kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN KETERLIBATAN BELIA DI MALAYSIA DALAM GERAKAN ISLAM RADIKAL

Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah berdasarkan aspirasi golongan belia hari ini untuk membentuk masyarakat Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang. Oleh itu, golongan belia ini tidak seharusnya terjebak dengan kegiatan yang boleh memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat seperti terpengaruh dengan gerakan Islam radikal. Tujuan artikel ini adalah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan belia terlibat dalam gerakan Islam radikal. Data kajian diperoleh daripada borang soal selidik yang dijalankan di lima zon di Malaysia. Seramai 1,200 orang responden bagi kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan iaitu belia yang beragama Islam. Data yang diperolehi dianalisis secara kaedah deskriptif menggunakan SPSS 18.0 dan struktur model menggunakan AMOS 18.0. Hasil kajian mendapati hanya satu faktor yang tidak signifikan iaitu pengaruh persekitaran (0.327 >0.05). Namun, kesemua faktor yang lain iaitu pengaruh pengetahuan agama Islam, pengaruh media sosial dan pengaruh kawalan yang terdiri daripada kawalan sekolah dan ibu bapa adalah signifikan terhadap kecenderungan keterlibatan belia di Malaysia dalam gerakan Islam radikal. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor pengetahuan agama amat memainkan peranan penting dalam kecenderungan belia dalam gerakan Islam radikal kerana nilai pekali regresi (β) adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan signifikan faktor yang lain iaitu 0.932. Gerakan Islam radikal ini meletakkan sasaran yang tepat untuk menyelewengkan ajaran agama Islam serta mengajarkan pemahaman agama yang sesat. Jadi, pemahaman yang lemah dalam agama Islam merupakan faktor utama belia mudah terpengaruh dengan pujukan serta tawaran gerakan Islam radikal ini walaupun bercanggah dengan ajaran agama Islam. Ini diikuti oleh pengaruh kawalan (0.733) dan pengaruh sosial media (0.651). Impak kajian ini adalah sebagai maklumat penting bagi Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk membina dan menjalankan program khas bagi mendidik, memberi pemahaman seterusnya mencegah belia terlibat dengan kumpulan Islam radikal. Semua peringkat masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap faktor-faktor yang mendorong belia terpengaruh dengan gejala negatif agar peranan belia dapat dimanfaatkan untuk perkara yang lebih berfaedah .

Kata Kunci: Agama Islam, Media Sosial, Kawalan, Persekitaran dan Gerakan Islam Radikal

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.