kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGAMALAN NILAI PATRIOTISME BELIA DI SABAH

Proses pembentukan negara bangsa semakin sukar tanpa melibatkan perkongsian nilai patriotisme dalam masyarakat berbilang budaya dan agama seperti Malaysia. Perkongsian nilai patriotisme yang tidak meletakkan prasyarat identiti etnik dan agama sebagai batas persamaan pasti mampu membentuk identiti individu yang lebih baik. Oleh itu, makalah ini memberi tumpuan untuk menilai perkongsian pengamalan nilai patriotisme sebagai suatu identiti kenegaraan. Namun, belia Malaysia yang lebih mudah mengalami krisis identiti sering dikaitkan dengan hakisan nilai patriotisme dalam kehidupan harian mereka. Kajian ini mengambil kira aspek kepentingan Perlembagaan Malaysia dan ideologi nasional, iaitu Rukun Negara yang melibatkan 429 orang responden di Sabah. Data dikumpul melalui penggunaan soal selidik. Hasil kajian mendapati majoriti belia di Sabah mempunyai tahap pengamalan patriotisme yang tinggi, iaitu 50.1%. Namun, dengan tahap penglibatan belia yang sederhana maka pelbagai program pembangunan kapasiti amat diperlukan bagi membentuk identiti kolektif dalam kalangan komuniti belia di Sabah. Hal ini kerana perkongsian pengamalan nilai patriotisme secara kolektif adalah penting untuk pembinaan negara-bangsa di Malaysia
.
Kata Kunci: Nilai Patriotisme, Belia, Negara-Bangsa, Sabah

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENGGUNAAN LAGU KEBANGSAAN DAN BENDERA NEGARA DALAM MEMBANGKITKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN BELIA

Penggunaan lagu kebangsaan dan bendera negara merupakan elemen penting yang menjadi pencetus kepada semangat patriotisme di kalangan belia di Malaysia. Secara amnya, tahap patriotisme yang rendah memberi kesan terhadap perasaan individu untuk menghargai dan mencintai negara yang mengakibatkan kurangnya sokongan belia terhadap kerajaan yang memerintah. Ini akan menimbulkan pemasalahan sosial di kalangan belia seperti pemberontakan, vandalisme, dan kemusnahan institusi negara. Objektif kajian ini adalah mengkaji kesan penggunaan lagu kebangsaan dan bendera Malaysia terhadap wujudnya semangat patriotisme di kalangan belia di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan teknik “purposive sampling” untuk mengedar soalan kaji selidik kepada responden. Responden kajian terdiri daripada mahasiswa/mahasisiwi di IPTA dan IPTS di Malaysia seramai 1011 orang. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah untuk lagu kebangsaan dan lambang negara meningkatkan semangat patriotisme dan sikap cintakan tanah air.
Kata Kunci: Patriotisme, Lagu Kebangsaan, Bendera Negara, Belia Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PROFIL PSIKOLOGI PENJENAYAH WANITA: SATU TINJAUAN LITERATUR

Penglibatan golongan wanita dalam kes-kes jenayah sebagai pelaku dilihat semakin meningkat dan amat membimbangkan. Jenayah yang dilakukan oleh golongan ini juga dilihat semakin agresif dan modus operandi yang diguna pakai adalah lebih kompleks dan licik. Selain daripada faktor sosial, persekitaran dan kekeluargaan, faktor dalaman seseorang individu iaitu faktor psikologi; turut memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku jenayah dalam kalangan wanita. Justeru, tinjauan literatur Profil Psikologi Penjenayah Wanita ini membincangkan faktor-faktor psikologi yang menyumbang kepada perlakuan jenayah oleh wanita. Berdasarkan 70 kajian yang pernah dijalankan di Malaysia dan di negara-negara luar, empat aspek psikologi yang diutarakan dalam tinjauan literatur ini ialah aspek personaliti, emosi, tingkah laku dan kognisi. Pemahaman yang mendalam tentang faktor-faktor psikologi yang menjadi asas kepada tingkah laku jenayah dalam kalangan wanita dapat membantu pihak penjara dalam merancang dan memperbaharui program pemulihan dan rehabilitasi bagi mengelakkan pengulangan jenayah dalam kalangan banduan wanita. Tambahan lagi, pengetahuan tentang faktor-faktor psikologi ini dapat memberi kesedaran kepada golongan wanita bagi mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan jenayah, serta dapat dijadikan sebagai panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak.

Kata Kunci: Banduan Wanita, Faktor Psikologi, Jenayah, Tingkah Laku Jenayah, Wanita

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PEMAHAMAN DAN PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) MENGENAI ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA

Dalam era teknologi maklumat yang semakin rancak berkembang, masyarakat berpeluang untuk mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dengan mudah. Antara informasi yang kerap mendapat perhatian serius dari pelbagai lapisan masyarakat adalah mengenai aspek agama dan kepercayaan. Media baru menerusi beberapa laman sosial khasnya dijadikan ‘dewan parlimen siber’ mahupun medan pertempuran untuk membahaskan isu-isu yang melibatkan kepentingan masing-masing. Antara isu yang sentiasa dihangatkan di alam maya merangkumi tema agama, budaya, bangsa/ras, gender, fahaman politik, hak asasi dan seumpamanya. Namun begitu, aspek agama dan sistem kepercayaan dilihat sebagai isu yang paling sensitif dan sukar untuk mendapatkan kata sepakat dalam usaha untuk mengekalkan kesepaduan sosial dan keharmonian yang dinikmati selama ini. Memandangkan mahasiswa merupakan pelapis negara yang berharga, justeru makalah ini bertujuan untuk meninjau pemahaman dan persepsi mahasiswa Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengenai aspek agama dan kepercayaan yang dilabel sensitif untuk dibicarakan kebelakangan ini. Seramai 60 orang mahasiswa UTAR yang ditawarkan buat julung kalinya subjek wajib lulus Hubungan Etnik telah menyertai survei ini. Memandangkan tiadanya subjek khusus mengenai agama dan kepercayaan ditawarkan kepada pelajar UTAR di samping suasana sosial mengenai aspek ini sentiasa ‘panas’ di alam maya, justeru dirasakan amat perlu untuk mengkaji pemahaman mereka. Kajian ini penting untuk mengetahui sama ada mahasiswa mempunyai tahap kematangan yang tinggi dalam menangani isu berkaitan agama dan kepercayaan ataupun mereka cenderung untuk bertindak mengikut emosi yang melampau. Survei atas talian dengan menggunakan Spreadsheet Google Drive telah dilakukan untuk mengutip data dengan menggunakan tiga skala jawapan umum yakni setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersikap terbuka dan boleh menerima budaya serta falsafah keagamaan etnik lain seadanya. Reaksi yang ditonjolkan ini mencerminkan bahawa mahasiswa UTAR mempamerkan sikap matang dan rasional dalam membincangkan aspek agama dan kepercayaan yang dilabel sensitif justeru jangan dibicarakan oleh kebanyakan masyarakat umum.

Kata Kunci: Agama dan Kepercayaan, Kesepaduan Sosial, Hubungan Etnik, Mahasiswa

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENERIMAAN BELIA TERHADAP PORTAL BERITA DALAM TALIAN

Penerbitan dalam talian semakin berkembang selari dengan perkembangan internet. Masyarakat mula beralih kepada pembacaan portal berita dalam talian untuk membaca berita. Peralihan ini dipengaruhi oleh faktor prominen iaitu mempunyai sesuatu elemen yang menonjol seperti reka bentuk, topik dan sebagainya yang menarik perhatian pembaca untuk membaca portal tersebut. Maklumat di medium baru ini sentiasa dikemas kini supaya pembaca tidak perlu tertunggu-tunggu untuk mendapatkan berita terkini. Namun begitu, timbul beberapa persoalan tentang kredibliti portal berita dalam talian kerana sifat internet yang mudah diakses iaitu sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang maklumat tanpa melakukan penelitian ke atas maklumat tersebut. Berbeza dengan akhbar yang perlu melalui proses editorial dan gatekeeping yang ketat sebelum disiarkan. Walaupun menyedari hakikat ini, pembaca tetap memilih portal berita dalam talian. Berdasarkan permasalahan ini, kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis berita dalam talian yang menjadi pilihan belia dan mengenal pasti perkaitan faktor prominen dengan penerimaan belia terhadap berita dalam talian. Teori yang menjadi asas dalam penyelidikan ini ialah Teori Prominen-Interpretasi. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 400 orang responden daripada empat (4) buah Universiti Awam di Selangor iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan maklumat yang kerap dibaca oleh responden adalah berita jenayah, hiburan dan politik. Selain itu, ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor prominen terhadap penerimaan portal berita dalam talian oleh belia. Analisis menunjukkan bahawa sekiranya belia mempunyai pengalaman dengan portal berita dalam talian dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan tugasan yang memerlukan mereka mencari berita melalui portal, maka mereka akan menerima portal berita dalam talian. Oleh itu, faktor prominen perlu dipertingkatkan pada portal berita dalam talian terutamanya faktor reka bentuk dan topik yang sesuai dengan minat pembaca untuk menarik perhatian mereka.

Kata Kunci : Portal Berita Dalam Talian, Belia, Kredibliti

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.