kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PUNCA KES KEHILANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN PERSPEKTIF BELIA DI SERDANG, SELANGOR

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi belia terhadap punca kes kehilangan kanak-kanak. Antara punca kehilangan yang dikaji adalah keluarga, individu, rakan sebaya dan persekitaran. Seramai 120 orang belia di Serdang, Selangor dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik. Hasil kajian menunjukkan responden mempersepsikan punca utama kes kehilangan kanak-kanak adalah keluarga (min=24.66; s.p=2.75) diikuti oleh individu (min=23.28; s.p=2.86), rakan sebaya (min=23.13; s.p=3.14) dan persekitaran (min=22.96; s.p=3.36). Bagi punca keluarga, kesibukan ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak menjadi punca utama kes kehilangan kanak-kanak (min=4.30; s.p=0.681). Manakala bagi punca individu, kanak-kanak yang didera secara fizikal atau seksual menyebabkan kanak-kanak meninggalkan rumah (min=4.16; s.p=0.810). Berikutnya bagi punca rakan sebaya, belia mempersepsikan bahawa kanak-kanak menganggap rakan sebaya mampu memberikan keseronokan kepada mereka (min=4.18; s.p=0.694). Punca terakhir iaitu persekitaran adalah disebabkan oleh penculikan kanak-kanak oleh orang yang tidak dikenali yang semakin meningkat (min=4.23; s.p=0.867). Kesimpulannya, belia mempersepsikan kehilangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh keempat-empat punca yang dikaji iaitu keluarga, individu, rakan sebaya dan persekitaran. Namun, punca yang dominan adalah faktor keluarga. Justeru, dalam usaha untuk menangani masalah kehilangan kanak-kanak ini, ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting. Walaupun dunia kini memperlihatkan ibu bapa masing-masing sibuk bekerja, namun ibu bapa bertanggungjawab untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak agar perkembangan anak-anak dapat dipantau dari semasa ke semasa dan masalah kanak- kanak hilang dapat diatasi.

Kata Kunci: Persepsi Belia, Kes Kehilangan Kanak-Kanak, Punca Kes Kehilangan Kanak-Kanak

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.