- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2017
- Vol 17 Disember
- KEFUNGSIAN KELUARGA DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
KEFUNGSIAN KELUARGA DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kefungsian keluarga dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan pendekatan tinjauan keratan rentas (cross-sectional survey) bagi mengumpul data kajian. Populasi kajian ini melibatkan 16,823 orang belia yang menuntut di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) seluruh Malaysia. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 1,200 sampel dari populasi kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales III dan soal selidik Cognitive Distortion Scale (CDS). Analisis data yang berbentuk deskriptif melibatkan pemerihalan responden seperti frekuensi dan peratusan, manakala analisis inferensi pula menggunakan ujian Ujian-t dan ANOVA. Keputusan kajian mendapati wujud perbezaan dari segi amalan kefungsian keluarga responden berdasarkan faktor zon, jantina, umur, bangsa, penempatan, kekerapan meluangkan masa, dan taraf pendidikan. Amalan kefungsian keluarga juga dilihat berpengaruh dalam mengurangkan masalah tingkah laku devian dalam kalangan belia.
Kata Kunci: Kefungsian Keluarga, Tingkah Laku Devian, Belia, Institut Kemahiran Belia Malaysia