- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2017
- Vol 17 Disember
- PROFIL PSIKOLOGI PENJENAYAH WANITA: SATU TINJAUAN LITERATUR
PROFIL PSIKOLOGI PENJENAYAH WANITA: SATU TINJAUAN LITERATUR
Penglibatan golongan wanita dalam kes-kes jenayah sebagai pelaku dilihat semakin meningkat dan amat membimbangkan. Jenayah yang dilakukan oleh golongan ini juga dilihat semakin agresif dan modus operandi yang diguna pakai adalah lebih kompleks dan licik. Selain daripada faktor sosial, persekitaran dan kekeluargaan, faktor dalaman seseorang individu iaitu faktor psikologi; turut memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku jenayah dalam kalangan wanita. Justeru, tinjauan literatur Profil Psikologi Penjenayah Wanita ini membincangkan faktor-faktor psikologi yang menyumbang kepada perlakuan jenayah oleh wanita. Berdasarkan 70 kajian yang pernah dijalankan di Malaysia dan di negara-negara luar, empat aspek psikologi yang diutarakan dalam tinjauan literatur ini ialah aspek personaliti, emosi, tingkah laku dan kognisi. Pemahaman yang mendalam tentang faktor-faktor psikologi yang menjadi asas kepada tingkah laku jenayah dalam kalangan wanita dapat membantu pihak penjara dalam merancang dan memperbaharui program pemulihan dan rehabilitasi bagi mengelakkan pengulangan jenayah dalam kalangan banduan wanita. Tambahan lagi, pengetahuan tentang faktor-faktor psikologi ini dapat memberi kesedaran kepada golongan wanita bagi mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan jenayah, serta dapat dijadikan sebagai panduan untuk ibu bapa dalam mendidik anak.
Kata Kunci: Banduan Wanita, Faktor Psikologi, Jenayah, Tingkah Laku Jenayah, Wanita