kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kelompangan Dasar Belia Negara - Menyangga Potensi Belia Menerusi

Gagasan idea melonjakkan lagi martabat belia tersirat rapi dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN). Walaupun sudah melebihi satu dekad usianya sejak diberi nafas baru, dasar ini masih relevan dengan fokus negara yang serius mengurus dan menjana modal insan. Statistik negara menunjukkan bahawa belia boleh menyumbang ke arah pembentukan modal insan. Oleh itu, jika adunan yang sempurna dapat diusahakan antara belia dengan pelbagai program pembangunan seperti yang digariskan oleh dasar, golongan belia mampu menjadi satu tenaga ekonomi, sosial dan politik yang disegani lagi dihormati. Malah, dasar belia yang dibentuk oleh pemerintah mempunyai harapan dan matlamat yang sama. Namun, hakikatnya tidak semua belia bersedia dan mahu seiringan dengan hasrat murni itu. Ada yang ketinggalan, keciciran dan tidak kurang yang menolak sama sekali program yang disediakan dengan memilih cara mereka sendiri bagi menyalurkan tenaga dan potensi diri. Tindakan yang mereka ambil, perilaku dan pekerti yang ditonjolkan dan nilai yang dipegang oleh sebahagian dari belia tersasar dari yang diharapkan oleh dasar. Ertinya, terdapat kelompangan dalam dasar belia itu bilamana sasaran matlamat yang diharapkan tidak sejajar dengan realiti, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sebilangan besar belia seperti yang dibuktikan oleh statistik polis dan lain-lain institusi pengawasan, pencegahan dan pemulihan untuk belia yang ditaja kerajaan. Pada satu sudut yang lain pula dapat di mengertikan bahawa sekumpulan belia ini berada dalam konflik. Mereka berkonflik dengan persekitaran sosial, struktur dan dalam diri sendiri. Untuk membawa kumpulan ini bersama dalam proses pembinaan negara bangsa pada masa tertentu memerlukan pendekatan baru. Pendekatan transformasi konflik mengutarakan cara alternatif melihat, mentafsir dan mengartikulasikan kelemahan atau unsur negatif kepada yang lebih bersifat konstruktif berdasarkan nilai, keyakinan dan ideologi baru membangunkan keupayaan dan potensi manusia.

Kata kunci: Belia, Penyertaan, Transformasi Konflik, Pendayaupayaan, Modal Insan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.