kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PEMBANGUNAN BELIA POSITIF DALAM PROGRAM KEM RAKAN MUDA JIRAN MUDA

Kajian ini menjelaskan penerapan elemen pembangunan belia positif dalam perencanaan, perlaksanaan dan penilaian Program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Pembangunan Belia Positif merupakan satu pendekatan yang memberikan keutamaan kepada golongan muda dengan memfokuskan kepada aset golongan muda seperti kapasiti, kekuatan dan keperluan pembangunan golongan muda dan bukan kepada kekurangan mereka seperti faktor risiko, tingkah laku negatif dan menimbulkan masalah. Justeru dalam kajian ini bertujuan untuk meninjau kedapatan elemen pembangunan belia positif dalam proses perencanaan program Kem Rakan Muda Jiran Muda. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual mendalam, pemerhatian turut serta dan juga perbincangan kumpulan berfokus. Seramai 14 orang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pegawai-pegawai dari peringkat perancangan, pelaksana dan penilai. Lokasi kajian adalah di sekitar kawasan Johor, Pulau Pinang dan Kelantan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan. Constants Comparative Analysis digunakan bagi menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kewujudan elemen pembangunan belia positif di peringkat perancangan dan perlaksanaan. Hal ini memberikan satu gambaran fenomena baru dalam perencanaan program pembangunan belia dengan menitikberatkan aktiviti pencegahan dalam pembangunan belia supaya pembangunan belia hari ini seimbang dari pelbagai segi yang menumpukan kepada penyerlahan potensi belia masa kini. Pembangunan belia positif menekankan persediaan yang menyeluruh bagi golongan muda untuk berjaya dalam memberi sumbangan mereka sebagai individu yang dewasa daripada memfokuskan kepada memastikan golongan muda tidak terlibat dalam tingkah laku yang berisiko. Implikasinya, melalui pembangunan belia positif, belia hari ini dapat mengembangkan potensi mereka dan juga secara tidak langsung ia dapat membentuk satu komuniti belia yang lebih baik dan holistik.

Kata Kunci : Pembangunan Belia Positif, Belia, Perencanaan, Program Kem Rakan Muda Jiran Muda

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.