- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2014
- Vol 10 Jun
- KEPERCAYAAN, MOTIVASI DAN NIAT SUKARELAWAN BELIA TERHADAP AKTIVITI SUKARELA DI MALAYSIA
KEPERCAYAAN, MOTIVASI DAN NIAT SUKARELAWAN BELIA TERHADAP AKTIVITI SUKARELA DI MALAYSIA
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kepercayaan, motivasi dan niat sukarelawan belia terhadap aktiviti sukarela di Malaysia. Kajian adalah berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Sebanyak 342 orang responden daripada sukarelawan belia dipilih daripada persatuan belia di seluruh Malaysia. Kesemua data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan majoriti sukarelawan belia berada pada tahap kepercayaan (7.32), motivasi (7.54) dan niat (7.44) yang tinggi. Keputusan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan (r =.697, p =.000), motivasi (r =.874, p =.000) dan niat (r =.287, p =.000) terhadap aktiviti sukarela. Analisis regresi pula mendapati faktor kepercayaan, motivasi dan niat memberi sumbangan (86.7%) terhadap penglibatan sukarelawan belia terhadap aktiviti sukarela. Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan yang signifikan untuk membantu pihak yang bertanggungjawab dalam merancang strategi dan memperkemas program dan aktiviti sukarela di Malaysia.
Kata Kunci: Sukarelawan Belia, Penyertaan, Kepercayaan, Motivasi, Niat