kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGETAHUAN BELIA TERHADAP NILAI-NILAI MURNI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT PROGRESIF DI SELANGOR

Belia merupakan aset dan pewaris pembangunan negara. Sebagai generasi pewaris atau penerus kecemerlangan negara, mereka mestilah mempunyai sifat-sifat keperibadian yang luhur dan progresif. Belia pewaris perlu dididik dengan nilai murni bagi membentuk masyarakat Malaysia yang bertamadun. Dalam konteks belia pelbagai etnik, penerapan nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, hormat-menghormati, bertimbang rasa dan kesederhanaan adalah penting bagi mewujudkan persefahaman dan kesepaduan sosial dalam masyarakat. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan belia pelbagai etnik terhadap nilai-nilai murni dalam masyarakat. Reka bentuk penyelidikan yang dipilih dalam kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dijalankan di empat daerah (Gombak, Ulu Langat, Petaling dan Klang) di negeri Selangor. Seramai 400 orang belia terlibat dalam kajian ini. Jumlah responden bagi setiap daerah seramai 100 orang belia yang terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India. Kategori umur responden adalah 15 hingga 25 tahun. Hasil kajian ini secara umumnya menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap nilai-nilai murni yang diamalkan dalam masyarakat. Kesimpulannya, nilai-nilai murni ini perlu difahami dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik bagi mewujudkan keharmonian dan membendung gejala sosial dalam masyarakat pada hari ini.

Kata Kunci: Tahap Pengetahuan, Nilai-nilai Murni, Progresif, Belia, Pelbagai Etnik

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) AMONG ETHNIC MINORITIES COMMUNITIES IN PENINSULAR MALAYSIA

Information and Communication Technology (ICT) plays a crucial role in the present knowledge based globalization era and it has become a necessity for all members of the society in daily lives. It has pervaded every aspect of human life and has significantly changed the manner in which society communicate and interact which have profound implications on social development. While our country is moving towards a developed nation, there is need for developing ICT in which these technological innovations are indispensable for sustaining the socioeconomic development in this globalization era. However, the ICT adoption tend to be concern on economic, organization and education development, but only very limited attention and efforts have been given in enhancing cultural identity sustainability. Central to this paper is the discussion of the ICT adoption among the ethnic minorities and how it affects their cultural identity sustainability. The study involved 400 respondents consisted of six different ethnic minority groups that aged 13 to 74 years old, recruited by using convenience sampling technique. The findings of the study indicated that the ICT adoption is positively correlated with the cultural identity sustainability among the ethnic minorities.

Keywords: ICT, Adoption, Ethnic Minorities, Cultural Identity, Sustainability

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

INTERAKSI SOSIAL BELIA ISLAM KOMUNITI PENAN DI BINTULU, SARAWAK

Interaksi belia Penan dengan Islam di bahagian Bintulu Sarawak masih di peringkat awal termasuk kefahaman terhadap ajaran Islam, adat serta pantang larang yang bertentangan dengan Islam. Pemerhatian yang dilakukan di lokasi kajian menunjukkan mereka mempraktikkan ajaraan Islam pada peringkat asas sahaja seperti mengucap dua kalimah syahadah, mempercayai rukun iman dan Islam serta berinteraksi dalam kelompok belia yang sama agama tanpa wujud prasangka tetapi tidak pada Penan bukan Islam. Sehubungan itu kajian ini bertujuan menganalisis hubungan dan interaksi yang terjalin antara belia Penan Islam dengan Penan bukan Islam yang berbeza anutan. Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian ini ialah kajian kepustakaan yang menyentuh secara umum lokasi penempatan etnik Penan bahagian Bintulu. Kajian lapangan yang melibatkan beberapa kaedah turut dijalankan. Instrumen soal selidik diedarkan kepada 304 orang responden di perkampungan Penan Muslim Bt 10, Kg Penan Bt 12, Kg Penan Bt 12 ½, Kampung Penan Yuh Suburbun Jaya dan Kampung Penan Suai. Kaedah temu bual yang dijalankan adalah secara rawak dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat bentuk-bentuk interaksi yang diamalkan sebelum memeluk Islam dan terus diamalkan apabila mereka menerima Islam, tidak timbul masalah jika berlaku silang agama atau kepercayaan asalkan hubungan baik antara keluarga dan masyarakat kampung dijaga dengan sempurna serta tidak meninggalkan adat resam nenek moyang yang sesuai dengan ajaran baharu yang diterima mereka. Malahan interaksi yang baik mendatangkan impak positif dalam pergaulan sesama belia Penan yang berbeza agama dengan membuka ruang pula kepada ahli keluarga untuk memilih Islam sebagai kepercayaan baharu mereka.

Kata Kunci: Penan, Belia, Interaksi, Islam, Bintulu

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENDEKATAN DIDIKAN DAN ASUHAN DALAM KALANGAN BELIA

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam perkembangan anak-anak mereka. Kajian terdahulu menunjukkan amalan mendidik anak dilakukan oleh ibu bapa mengikut corak yang berbeza-beza mengikut nilai budaya masing-masing. Corak mendidik anak yang berlainan ini juga disebabkan oleh perbezaan dalam matlamat sosialisasi yang diturunkan daripada generasi terdahulu kepada generasi seterusnya. Makalah ini mengetengahkan dapatan dari satu kajian yang dijalankan ke atas belia Malaysia untuk melihat cara mereka mendidik anak-anak mereka. Seramai 520 orang belia daripada kaum Melayu, Cina, dan India terlibat dalam kajian ini. Di samping itu, seramai 10 orang belia dari 520 orang responden soal selidik telah mengambil bahagian dalam sesi temubual mendalam untuk meninjau dengan lebih dekat cara mereka mendidik anak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa belia Malaysia mendidik anak-anak mereka mengikut corak autoritarian dan autoritatif. Corak mereka mendidik pula berbeza-beza bergantung kepada konteks. Faktor-faktor lain turut mempengaruhi corak mendidik anak, dan ini termasuklah tahap pendidikan belia Malaysia.

Kata Kunci: Autoritarian, Autoritatif, Belia, Corak Didikan, Ibu Bapa

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PERANAN GOLONGAN MUDA DALAM PERUBAHAN AGAMA MASYARAKAT MURUT TAHOL, DI SABAH

Golongan muda merupakan golongan yang paling dinamik dalam sesebuah masyarakat. Kekuatan fizikal dan mental yang mereka miliki serta keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara menjadikan golongan ini sentiasa aktif meneroka apa juga kemungkinan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, golongan muda lazimnya memainkan peranan penting dalam memacu perubahan dalam masyarakatnya. Masyarakat Murut Tahol misalannya telah meninggalkan kepercayaan tradisional, dan menganut agama Kristian hasil daripada dinamika golongan mudanya. Makalah ini akan membincangkan tentang perubahan agama masyarakat peribumi Sabah ini serta peranan yang dimainkan oleh golongan mudanya. Hal ini menarik untuk ditonjolkan memandangkan isu agama dan kepercayaan biasanya dikuasai oleh golongan tua; tetapi golongan muda masyarakat ini berjaya membuktikan sebaliknya. Apakah yang telah mereka lakukan bagi meyakinkan masyarakatnya untuk meninggalkan kepercayaan tradisi nenek moyang yang telah dianuti sejak turun temurun, dan menganut satu agama baharu. Maklumat dan perbincangan dalam makalah ini adalah hasil kajian yang dilakukan di Ulu Tomani, Sabah. Selain daripada korpus perpustakaan dan temu bual informan penting, kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta untuk mendalami masyarakat yang dikaji.

Kata Kunci: Murut Tohol, Kepercayaan Tradisional, Agama Kristian, Peribumi Sabah

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.