- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2015
- Vol 12 Jun
- PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN BELIA MUALAF TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPADA IBUBAPA BUKAN MUSLIM DI SABAH
PENGETAHUAN, SIKAP DAN AMALAN BELIA MUALAF TERHADAP TANGGUNGJAWAB KEPADA IBUBAPA BUKAN MUSLIM DI SABAH
Artikel ini merupakan kajian terhadap kefahaman, sikap dan amalan mualaf mengenai satu isu fiqh iaitu hukum memberi nafkah kepada ibubapa non-Muslim. Persoalan yang diketengahkan ialah sejauh manakah kefahaman, sikap dan amalan belia mualaf di Sabah ketika berhadapan dengan isu fiqh terhadap isu fiqh tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan sarjana Islam berkaitan hukum memberi nafkah kepada ibubapa non-Muslim; mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan belia mualaf berkaitan isu fiqh tersebut; juga korelasi dan regrasi antara pengetahuan, sikap dan amalan belia mualaf dalam berhadapan dengan permasalahan tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan pakej Statistik SPSS versi 21. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriftif dan inferensi dengan menggunakan ujian-ujian statistik parametrik iaitu ujian diskriptif, korelasi Spearman Rho dan regresi berganda. Kajian ini mendapati tahap kefahaman belia mualaf terhadap hukum memberi nafkah kepada ibubapa non-Muslim adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, sikap dan amalan mereka. Pengaruh sikap terhadap amalan mualaf lebih tinggi berbanding pengaruh pengetahuan terhadap amalan.
Kata Kunci: Belia, Mualaf, Nafkah, Non-Muslim, Kuantitatif