- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2015
- Vol 12 Jun
- PENGGUNAAN KANDUNGAN MEDIA DAN PEMBENTUKAN IDEA POLITIK DAN IDENTITI BUDAYA BAHARU DALAM KALANGAN BELIA MELAYU
PENGGUNAAN KANDUNGAN MEDIA DAN PEMBENTUKAN IDEA POLITIK DAN IDENTITI BUDAYA BAHARU DALAM KALANGAN BELIA MELAYU
Kajian kualitatif budaya ini memberi tumpuan kepada pembentukan idea Melayu menerusi penggunaan media dalam kalangan belia Melayu di Malaysia. Penulisan ini melihat bagaimana idea Melayu ini turut membentuk identiti seharian mereka terutamanya dari segi pembinaan identiti diri (self-identity) dan identiti sosial (social-identity). Belia Melayu adalah pengguna media yang mempunyai perwatakan taktikal bagi tujuan penyesuaian sesuatu teks budaya. Justeru, artikel akan memperhalusi bentuk-bentuk perwatakan taktikal yang dimiliki oleh golongan belia Melayu d alam menangani isu-isu politik, sosial dan budaya semasa berdasarkan penggunaan dan pemahaman mereka terhadap kandungan media serta penglibatan politik di kalangan mereka.
Kata Kunci: Media, Idea Melayu, Identiti dan Penglibatan Politik