- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2016
- Vol 14 Jun
- TINGKAHLAKU PROFESIONAL DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM DI TEMPAT KERJA
TINGKAHLAKU PROFESIONAL DALAM KALANGAN BELIA MUSLIM DI TEMPAT KERJA
Ketika berada di fasa kitaran kehidupan belia, kebanyakan belia bekerja dan baru belajar mencari rezeki bagi menampung keperluan sara hidupnya. Perhubungan yang rapat terutama dalam kalangan belia berbeza jantina perlu had tertentu agar ia tidak membawa kepada hubungan intim negatif yang dikhuatiri akan membawa kesan buruk kepada individu yang terlibat, malahan kepada organisasi tempat belia tersebut bekerja. Makalah ini bertujuan adalah untuk mencari makna intim profesional dalam kalangan belia Muslim di tempat kerja. Artikel ini membincangkan beberapa persoalan berkaitan intim profesional dalam kalangan belia Muslim di tempat kerja dengan kekangan nilai yang ada. Kesimpulannya, penjagaan batas intim perlu dihormati sejajar dengan garis panduan Islam dan nilai-nilai tatsusila budaya yang diwarisi selama ini. Sehubungan dengan itu, penulis juga mencadangkan beberapa langkah bagaimana belia Muslim dapat mengawal pergaulan mereka daripada terjebak dalam hubungan intim yang membawa kesan yang negatif bukan hanya kepada diri mereka bahkan kepada negara.
Kata Kunci: Intim, Profesional, Belia Muslim, Tempat Kerja