- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2016
- Vol 15 Disember
- BELIA DAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
BELIA DAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Golongan belia adalah kelompok utama pengguna media sosial di negara ini. Artikel ini bertujuan membincangkan profil penggunaan media sosial dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian tinjauan secara keratan rentas berbantukan borang soal selidik telah dijalankan terhadap 2007 orang belia berumur 15 hingga 40 tahun. Persampelan rawak berstrata tak seimbang pelbagai tahap digunakan meliputi 20 buah kawasan dari 9 negeri. Data analisis secara deskriptif dalam bentuk bilangan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kelompok wanita aktif menggunakan media sosial lebih lima kali sehari, tinggal dalam kawasan bandar, merangkumi semua etnik. Majoriti responden menggunakan Whatsapp dan Facebook terutama ketika berehat dan bersendirian serta mempunyai rakan media sosial yang ramai. Peralatan utama bagi mengakses media sosial ialah telefon pintar. Kajian ini juga menunjukkan peratus penggunaan media sosial tidak bebeza antara bandar dan luar bandar. Lebih separuh belia Malaysia masih menggunakan untuk tujuan interaksi santai bagi mengerat hubungan, dan sebahagian besar juga telah menerima media sosial untuk tujuan perniagaan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat memberi input kepada pihak berkaitan bagi merangka program yang bersesuaian kepada belia dengan mengoptimumkan penggunaan media sosial.
Kata Kunci: Belia, Media Sosial, Profil Penggunaan Media, Kesan Media