- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2018
- Vol 18 Jun
- YOURS’17: KE ARAH ASPIRASI BELIA MASA HADAPAN
YOURS’17: KE ARAH ASPIRASI BELIA MASA HADAPAN
Artikel ini bertujuan untuk merumuskan artikel-artikel penyelidikan yang telah dibentangkan sewaktu Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan (YOURS) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada 6-7 November 2017 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Seminar tersebut telah mengumpulkan sejumlah 40 hasil penyelidikan yang dirangkumkan mengikut lima (5) subtema iaitu Sosial, Identiti, Ekonomi, Pendidikan dan Kesihatan yang mengkhusus dalam bidang pembangunan belia. Seramai 256 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), warga pendidik, wakil Kementerian/Jabatan/Agensi, NGO dan individu perseorangan telah hadir. Hasil penyelidikan yang dibentangkan telah memberi manfaat kepada pelbagai pihak secara langsung mahupun tidak langsung disamping membina jaringan hubungan di antara peserta dan pembentang. Sehubungan itu, hasil kajian-kajian tersebut diterbitkan dalam Malaysian Journal of Youth Studies (MJYS) untuk memberikan manfaat kepada pelbagai pihak yang berkepentingan dalam ruang lingkup pembangunan belia di Malaysia.
Kata Kunci: Sosial, Identiti, Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Belia & YOURS