- Laman Utama
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2018
- Vol 18 Jun
- FAKTOR KETERLIBATAN BELIA DALAM ISU GAY DI KUALA LUMPUR
FAKTOR KETERLIBATAN BELIA DALAM ISU GAY DI KUALA LUMPUR
Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan latar belakang informan dan meneroka pengaruh yang menyebabkan informan terlibat dalam gejala gay di Kuala Lumpur. Seramai enam orang belia yang terlibat dalam kajian ini dipilih melalui teknik persampelan snowball. Kajian ini menggunakan kaedah temubual mendalam secara tidak berstruktur. Data dianalisis dengan teknik menterjemah rakaman temubual bersama informan dalam bentuk persembahan kes. Hasil kajian mendapati terdapat dua pengaruh yang menyebabkan informan terlibat dalam gejala gay iaitu pengaruh dalaman dan pengaruh luaran. Pengaruh dalaman meliputi aspek naluri menyukai lelaki, pengaruh masa lampau, kurang penghayatan agama dan mempunyai fahaman atau pemikiran yang terbuka terhadap gay. Manakala pengaruh luaran meliputi pengaruh ruang dan peluang, pengaruh internet, pengaruh persekitaran keluarga yang feminin serta pengaruh rakan sebaya. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi input yang signifikan berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang individu terlibat dalam gejala gay. Semua pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, sekolah, badan-badan NGO dan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam membanteras gejala yang tidak bermoral ini agar negara dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek.
Kata Kunci: Gejala Gay, Belia, Pengaruh Dalaman, Pengaruh Luaran, Kuala Lumpur