- Laman Utama
- Berita Terkini
- (IYRES) ANJUR “BICARA INTELEK” FITRAH DAN IMPLIKASI BELIA DAN MASYARAKAT DI MENARA KBS
(IYRES) ANJUR “BICARA INTELEK” FITRAH DAN IMPLIKASI BELIA DAN MASYARAKAT DI MENARA KBS

PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Program Bicara Intelek Siri 1/2016 bagi membincangkan “Fitrah dan Implikasi dalam Kehidupan Belia dan Masyarakat” yang dibentangkan oleh Pengerusi Pertubuhan Amal Mabrur Malaysia, Ustaz Haji Muhammad Hasnil Bin Abu Bakar di Dewan Serbaguna Menara KBS.
Ustaz Haji Muhammad Hasnil dalam pembentangan berkata “Pendidikan daripada ibubapa perlu diberi perhatian yang lebih teliti supaya tidak menjejaskan sifat-sifat fitrah yang ada pada setiap manusia sejak azali dimana mampu melahirkan pemikiran masyarakat yang lebih positif dan berkualiti khususnya golongan belia di Malaysia”.
Lantaran itu, satu pesanan daripada beliau yang boleh diamalkan oleh semua yang hadir iaitu "Jangan Putus Berdoa, doa adalah "Mughkul Ibadah" otak kepada ibadah dan merupakan kemuncak kepada ibadah. Jadi janganlah kita putus berdoa kepada Allah S.W.T kerana doa merupakan senjata umat Islam".
Program “Bicara Intelek” “Fitrah dan Implikasi dalam Kehidupan Belia dan Masyarakat” membawa satu perbincangan dan perkongisan ilmu secara terbuka dan santai yang dapat menghimpunkan warga Team KBS disemua peringkat dan kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian untuk bersama-sama dapat ilmu disamping melakukan transformasi diri agar lebih cemerlang sekaligus menjadikan ia sebagai satu platform dalam sesuatu bidang intelektual. Sehubungan dengan itu, program ini mampu menyumbangkan kepada pembangunan sumber manusia di Kementerian atau Agensi yang tertentu bagi membentuk pemikiran yang baru demi generasi masa hadapan.
Program Bicara Intelek ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (IYRES), Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof dan turut hadir ialah, Setiausaha Bahagian, Encik Mazlan Bin Abd Mutalib.
Unit Komunikasi Korporat
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Suntingan: Wan Nor Iza Binti Mohd Nor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.