- Laman Utama
- Berita Terkini
- IYRES SAMBUT ULANG TAHUN SEDEKAD BERSAMA YB KJ
IYRES SAMBUT ULANG TAHUN SEDEKAD BERSAMA YB KJ

SERDANG, 15 MEI 2016 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang sewaktu penubuhan awalnya dikenali dengan IPPBM telah menyambut ulang tahun Kesebelas bersempena sambutan Hari Belia Negara 2016 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sambutan sedekad IYRES ini telah disempurnakan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan bertempat di tapak pameran I-KNOW @ IYRES (IYRES RESEARCH HUB). Sejarah penubuhan IYRES adalah pada 15 Mei 2005 iaitu sewaktu sambutan Hari Belia Negara pada tahun 2005 yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh Dato' Adnan Hj. Abu Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES dan Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.
Unit Komunikasi Korporat
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Disediakan Oleh: Muhammad Zahid Alif Bin Abdul Aziz
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Suntingan: Shariffah Mamat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.