kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES MELEBARKAN KOLABORASI KERJASAMA BERSAMA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

3010

BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR, 30 OKTOBER 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dalam usaha mempertingkatkan dan memperkasakan fungsi dan peranan sebagai sebuah pusat penyelidikan sehenti pembangunan belia di Malaysia. Sesi kunjungan hormat ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ini telah mewujudkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program serta perkongsian data dan maklumat berkaitan belia yang diharapkan dapat membantu dalam mempertingkatkan kualiti penyelidikan yang dilaksanakan.

Sesi kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Manakala pihak SC diwakili oleh Puan Jaihaniza Jamaluddin, Penolong Pengurus Besar Jabatan Pembangunan, Puan Zureen Binti Zainuddin, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan dan Encik Suresh Krishnan, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Strategik. Kedua-dua pihak mengharapkan agar kolaborasi ini dapat dilestarikan dengan baik dan memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya golongan belia.

Disediakan oleh:
Nur Azin Azlina Razali
nurazin[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Noor Afifah Johari
afifah[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.