kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

BENGKEL PENULISAN STANDARD PROFESIONALISME KERJA BELIA (NOSS)

1401

BANGI, 11 JANUARI 2019 – Penyediaan Standard Profesionalisme Kerja Belia (NOSS) oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kini memasuki fasa penulisan Standard NOSS yang telah berlangsung di Bangi Resort Hotel bermula 8 hingga 10 Januari 2019.
Bengkel ini telah dipandu oleh Encik Jeffrizain Abdul Rasid daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Seramai 28 orang yang terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), agensi di bawah KBS, persatuan belia, Institut Pengajian Tinggi, sektor swasta dan NGO telah menghadiri bengkel tersebut.
Objektif pembangunan Standard Profesionalisme Kerja Belia ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pekerja belia ke peringkat profesional, membangunkan kompetensi khusus dan seterusnya mewujudkan laluan kerjaya bagi pekerja belia. YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES semasa merasmikan bengkel berharap agar standard yang diwujudkan ini dapat melahirkan seorang Pekerja Belia yang cemerlang seterusnya dapat memenuhi keperluan pembangunan belia di Malaysia.

 

Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Bin Muhammad Nafis
hadi[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Norati’qah Talib
noratiqah[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.