- Laman Utama
- Berita Terkini
- MESYUARAT JAWATANKUASA THINK TANK BIL. 2/ 2019 dan BENGKEL PEMANTAPAN KUALITI PENYELIDIKAN dan PROGRAM IYRES
MESYUARAT JAWATANKUASA THINK TANK BIL. 2/ 2019 dan BENGKEL PEMANTAPAN KUALITI PENYELIDIKAN dan PROGRAM IYRES
Putrajaya, 24 Oktober 2019 - Mesyuarat Jawatankuasa Think Tank Bil. 2/2019 dan Bengkel Pemantapan Kualiti Penyelidikan dan Program IYRES telah dilaksanakan bagi memantapkan perancangan dan operasi IYRES bagi tahun 2020. YBrs. Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) turut hadir ke sesi ini.
Ahli Think Tank yang telah hadir bagi bengkel ini adalah YBhg Prof Samsilah Roslan (UPM) YBrs Dr Rafidah Aga Mohd Jaladin (UM) dan YBrs Prof Madya Dr Gunathrvan Elumalai (UPSI). Hasil daripada bengkel ini yang merangkumi cadangan-cadangan berkaitan penyelidikan, penerbitan, program sokingan penyelidikan, pengurusan data dan pembangunan talent IYRES akan didokumenkan dan diperhalusi pada Bengkel Hala Tuju IYRES yang akan berlangsung pada November 2019
Disediakan oleh
Muhammad Hafiz Hassan
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]
Disemak oleh:
Mastura Mohamed
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]