- Laman Utama
- Berita Terkini
- SESI PERKONGSIAN HUB DATA BELIA KEPADA PENGARAH-PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI
SESI PERKONGSIAN HUB DATA BELIA KEPADA PENGARAH-PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI
KUALA LUMPUR, 15 Januari 2020: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dijemput bagi perkongsian Hub Data Belia kepada kepada Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri sempena Bengkel Pelan Tindakan Tahun 2020, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Slot perkongsian ini telah disampaikan oleh Ts. Syariffanor Hisham, Pengurus Bahagian Perancangan & Penyelidikan. Hub Data@IYRES merupakan satu pusat pengumpulan dan pengurusan data secara atas talian. Melalui Hub Data ini ia dijadikan sebagai platform penyaluran dan pengurusan data kepada semua pemegang taruh dalam pembangunan belia bagi meningkatkan kecekapan dalam membuat keputusan dan pelaksanaan program berdasarkan data-data yang sah dan reliable.
Disediakan oleh
Mohd Rizal Mohd Sham
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]
Disemak oleh:
Mastura Mohamed
[Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.]