kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Harapan kepada Menteri KBS baharu


Ahmad Shapawi (kiri) dan Mohamad Norza

PELANTIKAN Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu diharap dapat mengukuhkan struktur pembangunan sukan di negara ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Kepala Batas itu turut berharap pendekatan yang digunakan badan sukan di negara ini dapat diselaraskan supaya selari dengan agenda Kementerian Belia dan Sukan.

"Dalam sukan kita tidak boleh bergerak seorang kerana kita mempunyai ramai pemegang taruh yang akan membantu pembentukan seseorang atlet itu.

"Pembentukan dan kemajuan seseorang itu bergantung kepada pemegang taruh, jadi saya harap pendekatan yang kita gunakan ketika ini dapat dipertingkatkan,” katanya hari ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pula berharap kepimpinan Reezal Merican dapat mengekalkan beberapa program sukan sedia ada seperti Program Podium dan Hari Sukan Negara yang jelas membawa kebaikan kepada rakyat.

"Kita yakin pengalaman luas yang dimiliki Datuk Seri Reezal Merican selaku bekas Timbalan Menteri Luar sebelum ini, dapat membantu meningkatkan mutu sukan negara ke arah lebih baik.

"Kita akan mengadakan perjumpaan dengan beliau dalam tempoh terdekat bagi memberi perincian berhubung penangguhan beberapa acara sukan tempatan dan antarabangsa susulan penularan Covid-19, selain peranan yang dimainkan oleh MOM,” jelas Mohamad Norza.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli turut menyambut baik pelantikan itu sambil memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Reezal Merican dalam tempoh terdekat bagi memberi taklimat berhubung fungsi dan peranan ISN, terutamanya dalam perubatan sukan negara.

"Kami pasti kepimpinan baharu beliau di KBS amat kritikal dalam memacu industri sukan, terutamanya perubatan sukan ke arah yang lebih baik,” jelas Ahmad Faedzal. - Bernama Sumber Berita : Sinar Harian
Pautan : https://www.sinarharian.com.my/article/73286/BERITA/Sukan/Harapan-kepada-Menteri-KBS-baharu

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.