kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SESI TOWN HALL INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) 2020: PENYEBARLUASAN HUB DATA & HASIL KAJIAN IYRES

20200702 townhall

PUTRAJAYA, 2 Julai 2020 (Khamis) - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan sesi Town Hall IYRES 2020: Penyebarluasan Hub Data & Hasil Kajian IYRES melalui aplikasi Zoom pada 2 Julai 2020. Seramai 261 orang pemegang taruh yang terdiri daripada wakil agensi dan jabatan Kerajaan, badan swasta, NGO serta organisasi masyarakat sivil telah menghadiri sesi Town Hall ini.

Sesi ini dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan pembentang pertama YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy yang membincangkan tajuk berkaitan “Kualiti dan Kesejahteraan Hidup Belia”, diikuti pembentang kedua Puan Shahhanim Yahya berkaitan “Mempromosi Budaya Sukan dan Pembangunan Bakat Belia” dan pembentang ketiga YBrs. Ts. Syariffanor Hisham berkaitan “One-Stop-Centre Data Belia”.

Sesi Town Hall ini berakhir pada jam 12.10 tengahari dengan sesi Q&A bersama para peserta. Secara keseluruhan, pembentangan yang dilakukan oleh tiga panel IYRES telah menerangkan dengan lebih jelas berkaitan pencapaian domain dan indikator yang terkandung di dalam Kajian Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia (IBM) 2019, Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2019 dan fungsi Hub Data Belia IYRES.

Semoga platform ini dapat diteruskan untuk berkongsi informasi berkaitan sistem dan dapatan kajian IYRES kepada rakyat Malaysia, khususnya pemegang taruh pembangunan belia untuk dijadikan input dalam merangka program/ aktiviti bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa belia Malaysia.

Rakaman sesi Town Hall ini secara live, boleh ditonton di pautan YouTube berikut: https://youtu.be/WY225h9prRg


Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.