kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TINGKAT KUALITI DAN KESEJAHTERAAN HIDUP BELIA MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL SINDIKASI INDEKS BELIA MALAYSIA 2021 (IBM’21)

15032021 Bengkel Sindikasi IBM 2021

PUTRAJAYA, 9 Mac 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Sindikasi Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21) pada 8 dan 9 Mac 2021 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk penambahbaikan domain dan indikator Indeks Belia Malaysia 2021 selaras dengan perancangan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12). Bengkel ini juga melibatkan wakil Kementerian, Agensi, (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Terdapat empat pecahan kumpulan kepada 63 orang peserta yang hadir ke bengkel tersebut secara fizikal dan atas talian. Setiap kumpulan akan dipandu oleh seorang Fasilitator dan dibantu oleh dua orang pelapor IYRES. Pihak IYRES telah mengaplikasikan penggunaan Padlet bagi mengumpul input perbincangan agar hasilnya lebih interaktif.

Pada petang hari kedua bengkel, satu sesi pembentangan kumpulan dilaksanakan dan disusuli dengan sesi rumusan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bhg. Perancangan & Penyelidikan IYRES. Manakala ucapan perasmian penutup Bengkel sindikasi IBM’21 telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS.

9 Mac 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Sindikasi Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21) pada 8 dan 9 Mac 2021 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk penambahbaikan domain dan indikator Indeks Belia Malaysia 2021 selaras dengan perancangan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12). Bengkel ini juga melibatkan wakil Kementerian, Agensi, Non - Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, Syarikat Korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Terdapat empat pecahan kumpulan kepada 63 orang peserta yang hadir ke bengkel tersebut secara fizikal dan atas talian. Setiap kumpulan akan dipandu oleh seorang Fasilitator dan dibantu oleh dua orang pelapor IYRES. Pihak IYRES telah mengaplikasikan penggunaan Padlet bagi mengumpul input perbincangan agar hasilnya lebih interaktif.

Pada petang hari kedua bengkel, satu sesi pembentangan kumpulan dilaksanakan dan disusuli dengan sesi rumusan oleh YBrs. Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bhg. Perancangan & Penyelidikan IYRES. Manakala ucapan perasmian penutup Bengkel sindikasi IBM’21 telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS.

 

 

 

Disediakan oleh :
En. Shah Romnizam Ramli
Eksekutif Penyelidik

Disunting oleh :
En. Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir (P/O)

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.