kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT (RTD) SIRI 3/2021 BERTEMAKAN MEMBINA IDENTITI BELIA PASCA COVID-19

20211112 rtd pasca covid19

Putrajaya, 12 November 2021 - Telah berlangsung Persidangan Meja Bulat atau Round Table Discussion (RTD) Siri 3 yang bertemakan Membina Identiti Belia Pasca COVID-19 telah berlangsung pada 12 November secara atas talian. Selepas bacaan doa, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan seterusnya dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

RTD ini dikendalikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arsyad daripada UPM selaku moderator dengan panel pembentang yang terdiri daripada Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA). Tujuan program RTD ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul idea, pandangan dan cadangan golongan belia bagi mengangkat suara dan hasrat mereka dalam membina semula identiti belia Malaysia pasca COVID-19. YBrs. Puan Zanawiah Hassan (MEDAC), YBrs. Encik Nik Nazree Nik Abdul Rahman (TERAJU), dan YBrs. Puan Anita Abu Bakar (MIASA) telah berkongsi input dan pandangan mereka dalam program setengah hari tersebut. Pada akhirnya, 10 resolusi telah dibentuk sebagai rumusan program yang akan diangkat kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Seramai 444 orang telah mengikuti program RTD kali ini yang merupakan siri terakhir bagi tahun 2021. Terima kasih diucapkan dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan! Untuk ulang tayang, sila ke FB page kami @IYRESKBS

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.