kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TOWN HALL IYRES 2022

20220228 townhall2022

PUTRAJAYA, 28 Februari 2022 - Telah berlangsung Town Hall IYRES 2022 yang telah dilaksanakan secara dalam talian (ZOOM Webinar). Program ini bertujuan untuk menyediakan platform penyebarluasan hasil dapatan kajian IYRES kepada peserta dalam kalangan pemegang taruh pembangunan belia. Pelaksanaan program ini dijangka dapat dijadikan input dalam merangka program/ aktiviti bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa belia Malaysia. Selepas bacaan doa, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan seterusnya dirasmikan oleh YB Dato Seri Ahmad Faizal dato Azumu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Program ini dikendalikan oleh Encik Shah Romnizam Ramli selaku Emcee panel pembentang yang terdiri para penyelidik IYRES bagi mengupas dan merungkai berkaitan ekosistem golongan belia melalui aspek kesejahteraan, kesukanan, kepimpinan, ekonomi dan sosial belia. Antara kajian yang dibentangkan adalah Kajian Indeks Belia Malaysia 2021, Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021, Kajian Kompetensi Pemimpin Muda Masa Hadapan, Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Penubuhan Institusi Kewangan Khusus Untuk Golongan Belia: Bank Belia dan Kajian Tinjauan Pemilikan Rumah dalam Kalangan Belia Malaysia.

Seramai 122 orang telah mendaftar sebagai peserta dan mengikuti program Town Hall kali ini. Terima kasih diucapkan dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan!

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.