- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Brainstorming bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia
Sesi Brainstorming bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia
PUTRAJAYA, 30 Jun 2022 - Telah berlangsung Sesi Brainstorming bagi Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia bersama pakar bidang dan advocate kesihatan mental. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan indeks sebagai penanda aras bagi mengukur status kesihatan mental dalam kalangan belia yang boleh dipantau secara berkala. Melalui sesi ini, pelbagai aspek kesihatan mental dan kaedah penyelidikan telah dibincangkan secara terperinci supaya indeks yang dibangunkan adalah menyeluruh dan tiada golongan belia yang tercicir.