kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PM Mahu Karya Besar Ditelaah Golongan Muda

20221211 karya lat

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu karya-karya besar termasuk oleh tokoh pemikir dunia ditelaah golongan muda masa kini.

Dalam hantaran menerusi Facebook beliau hari ini, Anwar berkata tindakan itu bagi melawan kebebalan dan mencambah daya fikir yang kritis.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kartunis terkenal tanah air Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang menghasilkan karya memaparkan masyarakat berbilang bangsa membaca buku pelbagai tokoh di ruang pejabat ‘Anwar Ibrahim’.

“Terima kasih Datuk Lat. Belum terlambat untuk memupuk budaya membaca,” katanya.

Lukisan tanpa dialog itu yang turut dimuat naik dalam hantaran itu, memaparkan lima individu membaca buku tokoh pemikir besar dunia berkaitan Socrates, Confucius, Abu’l Fath Al Busti dan Lao-Tze.

Sumber : BERNAMA, Pautan : BERNAMA

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.