kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Gagal Dapatkan Rawatan Awal, Hanya 70-80 Peratus Pesakit Mental Pulih

20230308   pesakitmental

KOTA BHARU, 8 Mac (Bernama) -- Kegagalan mendapatkan rawatan awal kerana lebih percaya kepada perubatan tradisional menyebabkan hanya 70 hingga 80 peratus pesakit mental dapat dipulihkan setelah dirawat di hospital.

Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Dr Fariza Yahya berkata kebanyakan pesakit mental tampil mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih dua tahun mengalami masalah tersebut.

“Ramai pesakit yang kita jumpa menyatakan bahawa keluarga mereka mendapatkan rawatan bomoh terlebih dahulu, tetapi apabila melihat keadaan pesakit semakin teruk barulah mereka datang ke hospital.

“Kelewatan mendapatkan rawatan awal menyebabkan ramai pesakit tidak dapat sembuh 100 peratus berikutan keadaan tahap pemikiran mereka (pesakit) telah merosot,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di Klinik Kesihatan Ketereh di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob dan Ketua Cawangan Program 'Return To Work' Perkeso Rosmawati Mat.

Dr Fariza berkata rawatan awal penting bagi memastikan pesakit sembuh dan dapat menjalani kehidupan normal termasuk boleh bekerja, namun mereka masih perlu mengambil ubat seperti yang disarankan doktor.

Menurutnya bagi program MENTARI, pesakit dalam pemulihan akan diberi kemahiran dalam bidang yang mereka minat seperti berniaga, membuat ais krim, burger dan bekerja dengan majikan.

“Pada masa sama, lebih 2,000 kes baharu setahun melibatkan pesakit mental direkodkan termasuk dari segi kelakuan, yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri HRPZ II.

"Dalam tempoh sebulan, kita terima 200 hingga 300 kes baharu termasuk individu yang berusia belasan tahun dan paling muda adalah 13 tahun. Remaja dalam kalangan ibu bapa bercerai juga didapati ramai mengalami masalah mental,” katanya.

Sumber : BERNAMA. Pautan : BERNAMA

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.