kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kadar Pengangguran Februari 2023 Turun Kepada 3.5 Peratus - DOSM

 

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) - Kadar pengangguran Malaysia pada Februari tahun ini menurun kepada 3.5 peratus dengan 591,900 orang penganggur, menurun 0.1 peratus berbanding 3.6 peratus dengan 596,100 penganggur pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan tenaga buruh pada Februari menunjukkan peningkatan dengan kedudukan pasaran buruh negara terus stabil sejajar perkembangan aktiviti ekonomi semasa.

“Justeru, bilangan tenaga buruh pada Februari 2023 berada pada trend menaik, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus kepda 16.78 juta orang (Januari 2023:16.76 juta orang), merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh pada 69.9 peratus (Januari 2023: 69.8 peratus).

“Situasi yang menggalakkan ini adalah berikutan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menunjukkan trend penurunan,”katanya dalam kenyataan berkaitan Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Februari 2023, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kedudukan guna tenaga, beliau berkata kategori pekerja meliputi 75.7 peratus, yang merangkumi komposisi terbesar penduduk bekerja pada Februari dengan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.25 juta orang berbanding 12.24 juta orang pada Januari.

“Penduduk bekerja sendiri turut mencatatkan kenaikan 0.5 peratus merekodkan 2.89 juta orang pada Februari 2023 (Januari 2023: 2.88 juta orang),” katanya.

Mohd Uzir berkata mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus meningkat terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan danminuman, perdagangan borong dan runcit serta pentadbiran dan khidmat sokongan.

Beliau berkata pada masa yang sama, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan trend yang sama.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.