kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Lebih 200 Pelajar Tingkatan Enam Sertai Program Malaysia Next Leaders

10072023 LEBIH 200 PELAJAR TINGKATAN ENAM SERTAI PROGRAM MALAYSIA NEXT LEADERS

 

PETALING JAYA, 6 Julai (Bernama) - Lebih 200 pelajar tingkatan enam menyertai program Malaysia Next Leaders anjuran Akademi Kepimpinan Malaysia dan Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang merasmikan program itu berkata ia bertujuan mencungkil bakat dan potensi para pelajar untuk digilap sekaligus mempersiapkan mereka untuk menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

“Bakat serta potensi pelajar akan digilap dan diketengahkan serta mereka yang terpilih akan dihantar dalam pelbagai program antaranya di institusi latihan di mana-mana GLC (syarikat berkaitan kerajaan) atau syarikat di dalam dan luar negara.

“Program Malaysia Next Leaders akan dilaksanakan diseluruh negara meliputi pelbagai institusi pendidikan awam dan swasta yang melibatkan pengisian seperti seminar pelajarpintar, debat dan town hall,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program itu.

Antara pengisian program hari ini yang berlangsung selama enam jam itu ialah sesi perkongsian pengalaman bersama Ikon Belia Sanjungan Budi 2022 Hasnul Fairuz Hushin Amriselain sesi
town hall bersama Pengurus Jualan dan Pemasaran Ajinomoto Berhad Wilayah Arab Saudi Mohd Faizal Zulkifly.

Hasnul Fairuz yang juga merupakan Ketua Unit Kepimpinan Akademi Kepimpinan Malaysia berkata selepas mengadakan program itu di seluruh negara yang dijangka berakhir dalam suku keempat tahun ini, akademi itu akan memilih sebanyak 300 peserta untuk mengikuti beberapa jenis ujian.

“Antaranya ujian kecenderungan, ketahanan, emosi, minda dan jasmani sebelum kami menyenarai pendek kepada 150 peserta yang akan mengikuti kursus khas untuk menjadi ‘Malaysia Next Leaders’,” katanya. Seorang pelajar yang menyertai program itu, Amir Lasim, 19, berkata ahli panel yang dipanggil untuk berkongsi pengalaman dalam program berkenaan sangat berkaliber dan berjaya membuka mata para pelajar untuk lebih yakin dengan diri dan menonjolkan sifat serta keupayaan sebenar.

Bagi Lakshman Raoo, 19, pula beliau berkata sebelum ini sudah banyak program motivasi yang telah disertainya, namun pengalaman bagi program hari ini sangat berbeza kerana berjaya menimbulkan satu semangat yang lain untuk dirinya.

“Saya yakin seandainya lebih ramai pelajar dapat sertai program seperti ini, negara tidak akan ketandusan bakal pemimpin muda kerana ternyata ia memberikan satu perspektif.

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.