- Laman Utama
- Berita Terkini
- Majlis Perasmian TVET ILKBS Sebagai Pelaksana Rintis Kursus Kenderaan Elektrik (EV) Dan Hibrid
Majlis Perasmian TVET ILKBS Sebagai Pelaksana Rintis Kursus Kenderaan Elektrik (EV) Dan Hibrid
4 April 2024, Hulu Langat - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perasmian TVET ILKBS sebagai Pelaksana Rintis Kursus Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid bertempat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua.
KBS melalui IKTBN Dusun Tua menawarkan kursus Penyelenggaraan Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid bermula Februari 2024.
Pengambilan pertama melibatkan 30 orang belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
Turut diadakan, Sesi Menandatangani Dokumen Persefahaman (MoU) di antara IKTBN Dusun Tua dengan syarikat dan agensi peneraju dalam bidang kenderaan elektrik dan hibrid iaitu Sunway Berhad dan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii).
Dengan adanya kursus dalam bidang baharu ini, potensi tenaga kerja berkemahiran negara dalam sektor EV akan meningkat seiring permintaan industri yang diperlukan oleh syarikat-syarikat automotif tempatan dan antarabangsa.
Sumber : Berita KBS
Pautan : Berita KBS