kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

189 SRN Didaftarkan di IPT, Perkasa Penghayatan Rukun Negara Generasi Muda

189 SRN

 

SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) - Kementerian Perpaduan Negara komited meningkatkan dan memperkasakan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan generasi muda melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk penubuhan Sekretariat RukunNegara (SRN) di institusi pendidikan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata setakat ini sebanyak 189 SRN telah didaftarkan di institusi pendidikan tinggi (IPT) seluruh negara, antara lain berperanan sebagai platform integrasi nasional di peringkat institusi masing-masing.

"Daripada jumlah itu sebanyak 30 SRN berdaftar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 36 di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik (28), Kolej Matrikulasi (17), Kolej Komuniti (51) dan 27 di kampus Institut Pendidikan Guru (IPG).

"Kementerian juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program penghayatan Rukun Negara di peringkat IPT seperti DebatPerpaduan, 'chit chat' belia, Jalinan Integrasi Nasional dan Raja Kita Payung Kita," katanya ketika ditemui selepas Majlis PenutupDebat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2024 di sini hari ini.

Bagi menyemarakkan pelaksanaan aktiviti SRN di IPT, Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata kementerian telah memberikan peruntukan sebanyak RM3,000 kepada semua SRN untuk melaksanakan Eksplorasi Rukun Negara di institusi pendidikan masing-masing.

Mengenai Debat Perpaduan, beliau berkata pelaksanaan program itu adalah selaras dengan komitmen dan objektif Dasar Perpaduan Negera yang bertujuan memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Program ini diharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan keutuhan dalam aspek kenegaraan dan perpaduan berteraskan penghayatan kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Terdahulu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai johan Debat Perpaduan Negara Piala Menteri Perpaduan 2024 selepas menewaskan pasukan Universiti Malaya (UM) di peringkat akhir, sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000 termasuk geran SRN berjumlah RM10,000, piala pusingan serta sijil penyertaan.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.