kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Technical Working Group Indeks Budaya Sukan Malaysia 2024 (TWG IBSM'24)

20240625 twgibsm

 

PUTRAJAYA, 25 JUN 2024 - Bengkel Technical Working Group Indeks Budaya Sukan Malaysia 2024 telah dilaksanakan di Hotel Pulse Grande, Putrajaya melibatkan 33 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kumpulan pelaksana mewakili Pihak Berkuasa Tempatan, NGO Sukan, Pembuat Dasar, Institusi Pendidikan, Institusi Keluarga dan Komuniti, Persatuan Sukan Spesifik serta lain-lain pemegang taruh berkaitan dengan pembangunan dan pembudayaan sukan. Bengkel ini dilaksanakan sebagai platform menyebarluas hasil dapatan kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2023 dan mengumpul input berkaitan strategi meningkatkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sukan, senaman dan rekreasi.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan disusuli dengan sesi taklimat bengkel yang disampaikan oleh Dr. Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Pihak IYRES juga turut membentangkan hasil dapatan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2023 yang disampaikan oleh Puan Norhidayah Omar selaku Eksekutif Penyelidik IYRES.

Sesi perbincangan dalam kumpulan telah diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Gunathevan A/L Elumalai daripada Universiti Perguruan Sultan Idris(UPSI) bersama barisan fasilitator iaitu YBhg. Prof. Kehormat Dr. Mohd Salleh Bin Aman (UM), YBhg. Prof. Madya Dr. Hashbullah Bin Ismail (UITM), YBhg. Dr. Roxana Dev Omar Dev (UPM) dan YBhg. Dr. Chee Cheen Soon (UPM).

Bengkel diakhiri dengan sesi penyerahan input kepada wakil Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan, Encik Mohamad Fayzol Bin Medi.

Disediakan oleh : Norlida binti Parjoh, Eksekutif Komunikasi Korporat, IYRES

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.